suria

Biniku aneh! Suami tak layan isteri mengidam nak tukar matawang asing, ‘tewas’ selepas merajuk sampai nak nangis

Fadil berkongsi kisah isterinya mengidam menukar matawang asing.

LAIN wanita hamil, lainlah makanan atau permintaan yang diidamkannya.

Keinginan luar biasa seorang isteri ternyata mengejutkan seorang suami, iaitu 'mengidam' menukar matawang asing.

Bercakap kepada mStar, suami berkenaan, Mohammad Fadhil Yaziz berkata, isterinya kini hamil anak sulung dengan usia kandungan memasuki empat bulan.

Pemuda berusia 25 tahun itu memberitahu, permintaan isterinya itu bagaimanapun bukanlah yang pertama kali sejak disahkan hamil.

mengidam tukar duit 4

Isteri Fadil sedang hamil anak sulung.

"Mula-mula isteri hanya mengidam makanan, macam-macam yang hendak dimakannya. Saya okay je. Minggu lepas tiba-tiba isteri tanya saya ada duit negara lain tak?

"Saya tanya kenapa? Isteri kata dia teringin nak pergi tukar duit tu, tukar matawang asing kepada Ringgit Malaysia... saja nak tukar-tukar," katanya kepada mStar.

Menganggap permintaan tersebut sebagai pelik, dia yang lebih mesra disapa Fadil pada mulanya tidak melayan kehendak isterinya yang berusia 25 tahun itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri mengidam kari sotong Deen Maju, suami sanggup redah 364km... Dah sampai Penang dugaan lain pula muncul

ARTIKEL BERKAITAN: Hamil anak sulung, lain macam mengidam isteri pemandu ini... teringin pegang lori pasir tapi peliknya ada syarat - "Kontena, treler dia tak minat"

"Sudahnya dia merajuk sampai nak menangis. Nak dijadikan cerita, saya kebetulan ada simpan duit dolar Singapura dalam dompet.

"Duit tu baki daripada perbelanjaan saya semasa bertugas dalam bidang penyelengaraan di Singapura selama sebulan sebelum pandemik Covid-19 pada 2020.

"Saya simpan duit dolar Singapura dalam dompet, tapi selama ini tak pernah teringat untuk tukar duit tu," ujarnya yang berasal dari Pasir Gudang, Johor.

mengidam tukar duit 2

Pasangan ini berkahwin pada Mac 2022.

Kini bekerja dalam bidang penyelenggaraan di sebuah kilang di Johor, dia turut menyimpan matawang Vietnam (Vietnam Dong), yang diperoleh sewaktu melancong ke negara itu sebelum ini.

"Tapi baki duit Vietnam itu nilainya rendah sangat. Tak ada nilai pun kalau tukar di money changer (pengurup wang). Saya masih simpan 22 dolar Singapura (RM72).

"Nasib baik saya simpan dalam dompet sebab masa tu kami di luar. Kalau tidak, satu hal nak kena balik rumah pergi ambil duit," ujarnya yang mendirikan rumah tangga pada Mac 2022.

Saya okay selagi benda mengidam tu tak melanggar hukum agama dan boleh ditunaikan untuk membahagiakan isteri.

MOHAMMAD FADHIL YAZIZ

SUAMI

Mengulas lanjut, kata Fadil, jelas terpancar kegembiraan pada wajah isterinya sebaik keluar dari kedai pengurup wang.

"Mula-mula isteri gembira, masuk kereta tanya kenapa selepas tukar hanya dapat kira-kira RM60 je? Iyalah, dah cuma ada 22 dolar Singapura je, bukannya beratus.

"Selepas tu dia menangis, saya pula kena bebel. Walau bagaimanapun duit tu pun dah selamat dibelanjakan," ujarnya secara berseloroh.

Fadil menyifatkan isterinya seorang yang manja dan sensitif.

Selain menukarkan matawang asing kepada Ringgit Malaysia, Fadil berkata, isterinya yang disifatkan sebagai manja dan sensitif itu juga 'mengidam' pelbagai perkara lain.

"Baru-baru ini isteri nak bau asap orang bakar sampah. Jadi nampak je orang bakar sampah masa jalan-jalan, saya buka tingkap kereta bagi dia bau.

"Terbaharu, isteri nak moreh sambil tengok bunga api. Kebetulan ada orang main bunga api masa kami moreh dekat Danga Bay di Johor Bahru.

"Tukar duit yang paling pelik setakat ini. Saya okay selagi benda mengidam tu tak melanggar hukum agama dan boleh ditunaikan untuk membahagiakan isteri," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain