SATU ujian buat para peniaga bazar Ramadan apabila hujan lebat. Cuaca yang tidak menentu menjadi antara faktor pengunjung bazar berkurangan. Situasi ini menyebabkan peniaga terpaksa berdepan dengan kerugian, atau sekurang-kurangnya terdapat baki makanan yang tidak terjual. Bagi seorang peniaga kuih, dia melihat apa yang berlaku ini dari satu sisi lain dan ada hikmah di sebaliknya. Orang ramai berkunjung ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa. - Gambar sekadar hiasan Menerusi satu perkongsian, peniaga berkenaan nampaknya reda dengan 'ujian hujan' ketika berniaga di bazar Ramadan. "Hujan. Tak mengapa, sebelum berbuka nanti kita hantar semua ke masjid. Kita bagi rasa orang lain pula masakan kita. "Mana tahu selepas jemaah makan, esok dia terus turun bazar cari gerai aku," tulis seorang peniaga menerusi laman Facebook Allan Jacho. Menurut pemuda itu, dia tidak akan sesekali menjual semula kuih yang tidak terjual kerana sedar adat berniaga ada pasang surutnya. ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut beli buah Melaka harga Rahmah, 15 biji hanya RM2! Pelanggan 'review' kuih lembut, isi banyak gula ARTIKEL BERKAITAN: Ramai tak suka peniaga 'paksa' beli kuih sebekas, nak macam dulu boleh pilih sebiji-sebiji... "Bukan semua nak makan kuih sama" "Okay, biasa kalau jadi macam ni (hujan) aku takkan simpan dan jual semula esok. Kalau bersisa aku akan hantar terus ke masjid atau sedekah kat orang. "Esok buat kuih baharu. Adat berniaga kan. Rugi itu pasti, untung itu rezeki," ujarnya lagi di Facebook. Gerai kuih yang dikunjungi ramai pelanggan di bazar Ramadan. foto FB Allan Jacho Menerusi satu hantaran berasingan, peniaga tersebut memaklumkan bahawa dia membuka bisnes bagi menyara kehidupan sekeluarga. Menurutnya sepanjang bulan Ramadan, dia akan mula membuat kuih seawal pukul 9 pagi sehingga 3 petang. "Pukul 4.30 ke 5 petang aku akan jual kuih-muih di bazar ramadan. Selesai berjualan di bazar, balik rumah kemas-kemas bersihkan peralatan sampai pukul 9. "Selesai berkemas aku terus bergegas ke lokasi seterusnya tempat aku proses biskut-biskut raya sampai pukul 12 malam," katanya. Mudah-mudahan ada hikmah dan rezeki yang lebih baik NETIZEN Tambah peniaga itu lagi, dia akan menghantar anaknya ke sekolah setiap pagi sebelum sambung tidur selama sejam hingga dua jam. "Kemudian bangun dan terus sambung buat kuih untuk jualan di bazar pula. Begitulah seterusnya. Sekarang badan mula terasa letih ya amat. "Jadi, kalau nampak aku termenung sambil mulut terkumat-kamit, biarkan seketika. Kerana mungkin aku sedang bertarung dengan masa. "Apa tujuannya... sekadar memenuhi keperluan keluarga," katanya. Antara komen netizen. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan semangat dan kegigihan peniaga bazar Ramadan ini mencari rezeki dalam meneruskan kelangsungan hidup, di samping mendoakan dirinya. "Allah maha mengetahui, terus bersangka baik pada Allah. Jangan pernah putus asa. "InsyaAllah, mudah-mudahan ada hikmah dan rezeki yang lebih baik. "Ya Allah, semoga kau hadirkan insan yang baik-baik untuk membeli semua juadah berbuka puasa di gerai," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube