SETIAP daripada kita mempunyai cara tersendiri untuk melakukan kebaikan dan berbakti kepada masyarakat. Malah, rakyat negara ini cukup terkenal dengan sikap prihatin dan pemurah. Rata-rata ‘pantang’ nampak orang lain dalam kesusahan pasti akan segera dibantu. Begitu juga setiap kali tibanya Ramadan apabila ramai yang memilih untuk berbuat amal termasuk memberi makanan kepada golongan gelandangan. Selain individu atau syarikat, badan bukan kerajaan (NGO) turut aktif menghulurkan sumbangan berupa makanan kepada kumpulan ini. Namun, apa yang dikesalkan oleh seorang pelayar bernama Ashraff Khan apabila berlakunya pembaziran yang keterlaluan seperti mana yang diluahkan melalui perkongsiannya di Facebook. Longgokan makanan yang tidak habis atau dimakan oleh gelandangan. Melihat situasi ini, dia berpandangan niat baik mereka yang bersedekah akhirnya akan berakhir dengan pembaziran apabila beratus-ratus bekas makanan yang tidak disentuh dibiarkan bersepah di tepi jalan. Posting tersebut yang dikongsi semula di grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ini mula menjadi viral sejak beberapa hari lalu. “Tak tahu nak salahkan siapa atau di mana silapnya. Setiap kali bulan Ramadan isu pembaziran makanan di jalanan pasti menjadi hangat. “Ni dinamakan buat baik dapat dosa. Satu jam saya berada di sekitar Chow Kit antara jam 12 tengah malam sehingga 1 pagi. ARTIKEL BERKAITAN: 9 tahun berlalu, bekas penagih jadi gelandangan tak lupa jasa wanita ini... sayu saat minta bergambar tapi tak ada handphone ARTIKEL BERKAITAN: Gelandangan bertukar kacak selepas jalani makeover... Tiba-tiba nampak 15 tahun lebih muda “Hampir 15 kumpulan telah hadir dengan membawa pelbagai makanan serta pakaian untuk diberikan kepada rakan jalanan (gelandangan),” katanya. Menurut Ashraff, antara punca berlakunya pembaziran seperti ini disebabkan mereka tidak membuat kaji selidik terlebih dahulu sebelum menggerakkan projek mengagihkan sumbangan. Ashraff mencadangkan agar makanan tersebut disedekahkan kepada tempat-tempat atau individu lain yang turut memerlukan. “Nak kata budak-budak yang bagi tidak juga, tapi tulah orang nak buat street feeding dia nak buat juga, bawa makanan sampai 50 hingga 100 bungkus. Lepas tu ambil gambar budget (berharap) dapat like (tanda suka) beribu. “Tak buat ‘homework’, tak nak jalin kerjasama bersama mereka yang lebih arif, antara punca kepada pembaziran berlaku. Banyak lagi tempat yang boleh kita salurkan makanan seperti pak guard sekitar sekolah-sekolah di ibu kota. Ramai yang mengambil peluang bulan Ramadan untuk berbakti kepada masyarakat. - Gambar hiasan “Selain itu penjaga pesakit di hospital-hospital, para pekerja pembersihan, petugas di unit kecemasan hospital. Juga masyarakat di flat, rumah kos rendah, apartment, rumah perlindungan, masjid atau surau serta jiran tertangga. Cukuplah 10 dulu, yang lain anda fikir sendiri,” katanya. Pemuda ini berkata dia bukanlah marah atau melarang sekiranya ada pihak yang mahu melakukan kerja-kerja amal seperti ini di bulan Ramadan. Sebaliknya dia hanya kesal apabila melihat makanan-makanan dibiarkan malah langsung tidak disentuh kerana terlalu banyak diterima oleh gelandangan. Dalam pada itu, dia turut mendakwa terdapat makanan yang diberikan sudah rosak atau tidak boleh dimakan lagi. “Saya bukan marah, jauh sekali cemburu dengan program anda, cuma sedihlah, kita di sini membazir makanan macam tu saja. Negara lain nak makan pun bercatu. Gelandangan di Malaysia ni mewah sangat makanan. Allahuakbar, sayangnya makanan. Dah jadi satu pembaziran. NETIZEN “Tinjauan saya juga malam tadi dapati tiga bungkus makanan dari kumpulan berlainan telah basi dan kotoran sisa makanan berlambak-lambak sehingga ada makanan yang tidak tercuit dibiarkan sahaja. “Satu saya nak tanya. Kita boleh makan berapa banyak makanan dalam sehari? Kalau dah seorang gelandangan dapat sampai 20 ke 30 bungkus, anda rasa mereka akan makan ke?” katanya. Dia menambah, cukup-cukuplah sebahagian masyarakat membazir makanan di rumah sendiri dengan membeli pelbagai juadah di bazar serta bufet Ramadan. “Jangan kita jadi salah seorang sahabat iblis yang suka membazir,” ujarnya penuh kecewa. Situasi ini mengundang rasa sedih dalam kalangan orang ramai dan mereka mencadangkan supaya ada pihak tampil menguruskan sumbangan diberikan dengan cara yang lebih sistematik. Komen netizen di Facebook. Dakwaan terdapat lambakan makanan dibiarkan begitu sahaja sehingga basi turut menjadi perhatian netizen. “Daripada duit infaq atau sumbangan sia-sia macam tu, baik buat beli barang runcit atau kupon (wang) untuk dia pilih apa dia nak beli. “Gelandangan di Malaysia ni mewah sangat makanan. Allahuakbar, sayangnya makanan. Dah jadi satu pembaziran. “Mungkin boleh buat satu post, letak makanan dekat situ. Daripada membazir macam ni,” kata netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube