suria

Ibu geram! Suruh anak beli 1 pek popia, peniaga bazar pula ‘main paksa’ beli lebih - “Minta tolong habiskan, alang-alang”

Ada sesetengah peniaga didakwa memaksa pelanggan untuk membeli jualan yang masih berbaki. -Gambar hiasan

PEMBAZIRAN atau makanan di bazar Ramadan tidak habis dijual adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Ini kerana kehadiran pelanggan tidak dapat diramal selain hasil jualan bergantung kepada rezeki yang telah ditetapkan.

Sesetengah makanan mungkin boleh disimpan untuk dijual pada hari esok tetapi ada juga yang jika dibiarkan lebih dari sehari akan mula rosak.

553 (2)

Lambakan jualan memaksa peniaga untuk menghabiskannya dengan apa jua cara. -Gambar hiasan

Membuang makanan yang tidak terjual pastinya akan merugikan, namun ada segelintir peniaga yang mempunyai teknik licik untuk menyelamatkan diri daripada berdepan situasi sebegitu.

Melalui satu perkongsian di grup Facebook B40 Buat Perangai Apa Hari Ini, seorang wanita menceritakan bagaimana anaknya dipaksa membeli makanan tambahan semata-mata penjual mahu menghabiskan jualannya yang berbaki.

"Peniaga bazar makin melampau bila hari hujan, lagi-lagi kalau hujung-hujung waktu dah nak berbuka puasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga bazar berkira tak mahu jual lauk RM3, minta plastik pun merungut... “Sebab pakcik beratur lama je saya bagi”

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki merungut bayar RM21 untuk 3 ekor keli saiz jari! Banding dengan beli nasi bungkus ‘mamak’ dan ikan timbang kilo

"Macam tahun-tahun sebelum ni, kalau datang lambat sangat ke bazar mereka akan sedekah kuih percuma bagi dekat kita. Tapi tahun ni lain cerita, kena paksa beli pula.

"Kisahnya semalam anak nak makan popia, saya tunggu di dalam kereta sebab hujan. Dia pergi seorang bawa RM20.

"Masa dia nak beli, dia minta satu sebab satu pek harga RM2.50, sekali peniaga tu bagi dua dan pulangkan baki RM15," cerita wanita itu sedikit terkesima.

Peniaga bazar dah tak macam dulu, sekarang mereka fikir nak untung je.

NETIZEN

Ketika anaknya bertanya mengapa diberikan dua pek popia kepadanya walhal dia hanya meminta satu, peniaga itu memberitahu dia mahu menghabiskan jualannya kerana sudah mahu menutup gerai.

"Anak saya tanya kenapa bagi dua pek, dia kata dah nak tutup gerai, minta tolong habiskan... alang-alang, dua pek popia untuk RM5," kata wanita itu.

Geram dan panas hati, wanita itu membidas tindakan peniaga itu yang baginya seolah-olah mementingkan diri kerana mahu menghabiskan jualan dan memaksa pelanggan untuk membelinya.

"Peniaga paksa orang beli makanan dengan cara macam tu? Balik rumah kami makan berdua tak habis, buang macam tu je.

Peniaga di bazar juga menghadapi cabarannya yang tersendiri seperti hari hujan. -Gambar hiasan

"Peniaga nak orang habiskan makanan mereka sedangkan kami pun tak boleh habiskan makanan kami.

"Saya tak nak doakan apa-apa tapi beringatlah para peniaga. Apa yang kamu buat, kamu akan dapat balasannya," tegur wanita itu.

Melewati ruangan komen, rata-rata warga maya berkonsgikan perspektif masing-masing mengenai hal ini.

Sebahagian komen warga maya.

"Saya peniaga bazar, jualan sate 50 sen saya Alhamdulillah, kalau hari hujan dan jualan tak habis, saya akan sedekahkan, tak akan nak panaskan untuk hari esok pula.

"Peniaga bazar dah tak macam dulu, sekarang mereka fikir nak untung je. Saya beli nasi kerabu biasa untuk tiga orang makan, total harga RM41, terkejutnya saya.

"Saya pernah kena dengan satu peniaga ni, nak beli air sebungkus je, sekali dia bagi tiga bungkus, dia cakap dia bagi, sekali bila dia sebut harga RM10 juga saya kena bayar," kata sebahagian warga maya kecewa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain