suria

‘Hidup terkurung’ di kondo, anak-anak keluar beraya tak reti bergaul... Menyorok belakang mak ayah je, mengalahkan orang trauma!

Keterujaan meraikan Aidilfitri lebih terasa dalam kalangan kanak-kanak. -Gambar Hiasan

AMALAN ziarah-menziarahi bagaikan satu kemestian setiap kali tiba Hari Raya Aidilfitri.

Saat inilah yang paling ditunggu-tunggu, kita bukan sahaja dapat beramah mesra dengan sanak saudara serta rakan taulan, malah akan 'disajikan' dengan pelbagai gelagat manusia.

Terbaharu, seorang pemuda di Facebook berkongsi cerita tentang kanak-kanak yang didakwa tidak pandai bergaul kerana dibesarkan secara terasing oleh ibu bapa mereka.

anak2

Hari Raya merupakan masa terbaik untuk kita bermesra dengan sanak-saudara. -Gambar Hiasan

"Aku ada jumpa sebuah keluarga ni. Mereka jenis duduk kondominium. Anak tak pernah nak bawa jumpa keluarga. Dah besar anak. Yang tua dah sekolah menengah. Yang kecil ada belum sekolah.

"Jenis mak ayah kongkong anak sampai tak nak bagi berkawan dengan jiran-jiran. Balik sekolah je terus duduk rumah. Macam itulah rutin harian mereka.

"Sekali bila bawa anak-anak datang beraya jumpa keluarga, jiran main mercun, anaknya yang sekolah menengah tu duduk diam menangis takut bunyi mercun," ceritanya.

Takut nak bergaul, mereka macam budak-budak 'skema'. Senyap je tak berbunyi, tak bercakap.

PEMUDA FACEBOOK

Menurut pemuda itu, adik-beradiknya yang lain turut berkelakuan sama, malah mereka ketakutan apabila terpaksa bersalaman dengan tetamu yang hadir untuk beraya.

"Anak-anak dia yang lain pun menangis, takut sampai haru satu rumah. Mengalahkan orang trauma.

"Biarkan bunyi mercun tu bising, biar hilang rasa takut dengan bunyi letupan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecewa anak dapat duit raya RM3 je, netizen ‘sekolahkan’ bapa tak reti bersyukur... Zaman ‘post pandemic’ orang bagi tu dah kira bagus

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Drama raya’ penuh air mata! Syahdu, cucu berlari sambil meraung nampak datuk atas ‘wheelchair’ di hospital

"Jenis aku, aku hanya fikir bila budak-budak main mercun ni, aku terkenangkan negara Islam yang dibom Israel.

"Macam mana la nasib mereka? Kita baru bunyi mercun dah maki orang, nanti jiran pun tak suka," ujarnya lagi.

anak3

Aidilfitri bagai hilang seri jika diraikan tanda kehadiran insan-insan yang kita sayangi. -Gambar Hiasan

Selain takut dengan bunyi mercun, pemuda itu mendakwa kanak-kanak tersebut juga tidak reti untuk bergaul dengan tetamu ketika raya.

"Lepas tu jenis jumpa orang, lepas salam anak duduk menyorok belakang mak ayah. Takut ke segan ke tak tahu la.

"Suruh ambil minuman pun tak nak. Nak pergi tandas pun mak bapa kena temankan. Sebab anak dia terkongkong. Orang yang tengok pun rasa kesian.

"Bila mak ayah suruh baru buat satu-satu. Takut nak bergaul, mereka macam budak-budak 'skema'. Senyap je tak berbunyi, tak bercakap. Sepatah kita tanya, itu pun susah nak jawab," ujarnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain