suria

Seram sejuk kerja syif malam raya... guard meracau muncul ‘tetamu tak diundang’, rebah selepas diminta pandang atas

Pengawal keselamatan meracau selepas mendakwa terserempak hantu.

RUTIN harian seorang pengawal keselamatan bertukar 'seram sejuk' dengan kehadiran kelibat misteri pada malam raya.

Menerusi video yang tular di media sosial, seorang lelaki warga Nepal itu dilihat menggigil dan meracau seperti dalam ketakutan.

Pengawal keselamatan berkenaan mendakwa terserempak dengan satu 'lembaga' ketika sedang bertugas.

Seorang lelaki berkopiah dilmihat cuba menenangkan pengawal itu.

Ditenangkan oleh beberapa individu, petugas itu hanya menyebut 'hantu' berulang kali sambil menepuk dadanya.

Dalam rakaman itu juga, seorang lelaki berkopiah cuba menenangkan pengawal keselamatan itu yang tidak berhenti menangis.

Lelaki berkopiah itu kemudian menyuruh pengawal tersebut untuk memandang ke atas sebelum dia tiba-tiba rebah.

Malam raya syaitan dah lepas. Kasihan tengok dia takut sampai nak pengsan.

NETIZEN

Tanpa mendedahkan lokasi kejadian, rakaman insiden yang dipercayai berlaku pada malam raya itu, dimuat naik di aplikasi TikTok, sebelum tular di platform Twitter.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa seram, pada masa bersimpati dengab nasib malang pegawal berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bingung kelibat budak misteri di funfair, ada yang tak kena dalam video rakaman ibu... Anak beritahu duduk dengan ‘abang’

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita cuak makhluk menyerupai dirinya ganggu pakwe, siap pandai tiru rutin - “Jadi bukan awaklah dekat tingkap tu?”

"Sampai macam tu dia trauma. Semoga tak dipertemukan (hantu) sepanjang hidupnya.

"Kasihan weh guard ni. Lemah sangat dah semangat dia. Semoga dibawa berubat.

netizen

Antara komen netizen di Twitter.

"Malam raya syaitan dah lepas. Kasihan tengok dia takut sampai nak pengsan.

"Ingatkan aku seorang je yang jumpa hantu malam raya," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain