KEMERIAHAN malam raya terbantut selepas berlaku insiden yang tidak disangka-sangka. Manakan tidak, sekumpulan jemaah surau berdepan detik cemas ketika hendak melakukan program takbir raya dari rumah ke rumah. Menerusi satu video yang tular di Twitter, sekumpulan jemaah surau berbaju Melayu dilihat terperangkap di dalam lif. Insiden terperangkap dalam lif berlaku pada malam raya. Seorang penduduk, Rafiq Ismail, 26, berkongsi detik cemas itu yang berlaku di kawasan perumahannya di sebuah kondominium di Ampang, Selangor. "Rumah saya adalah rumah keempat yang akan disinggah jemaah surau untuk takbir raya, semua ada 10 rumah. Waktu malam kejadian, mak minta saya mesej jemaah surau untuk tanya update. "Sebab kami sediakan makanan dan minuman untuk jemaah, jadi nak tahu mereka dah nak sampai ke. Tapi mesej yang saya hantar tak dibalas, saya macam pelik. ARTIKEL BERKAITAN: [V] "Rasa macam jatuh ke bawah" - Wanita cuma ingat mati sejam setengah terperangkap dalam lif, sedih pakcik tua pengsan depan mata ARTIKEL BERKAITAN: Fuh, macam filem pasca perang dan bencana! Pemuda panik terperangkap dalam mall waktu malam... masuk terang, nak keluar gelap gelita "Tiba-tiba dengar bunyi siren jentera bomba dari tingkat bawah. Mak dah risau, ada apa-apa yang berlaku pada malam raya ke?. "Tak lama selepas tu baru kami dimaklumkan dalam grup penduduk, rupanya jemaah surau tersangkut dalam lif waktu dalam perjalanan ke rumah pertama untuk takbir raya," kata Rafiq ketika dihubungi mStar. Menurut Rafiq, kumpulan jemaah surau itu bernasib baik kerana telefon milik salah seorang daripada mereka mempunyai isyarat yang baik untuk menghubungi bomba. "Sebenarnya ramai-ramai orang dalam lif tu, semua tak dapat nak call orang luar sebab line mati. Mujur ada seorang yang line dia okay, dia lah penyelamat. Bila dengar suara anggota bomba, mereka lega dan senyum sambil bertakbir di dalam lif. RAFIQ ISMAIL "Dia call bomba untuk maklumkan mengenai situasi mereka. Bomba kemudiannya datang untuk bawa mereka keluar dari lif. Mereka terperangkap dalam lif antara 20 hingga 30 minit. "Bila berjaya keluar tu, mereka cerita dalam lif mula-mula memang panik, tapi lepas dah dapat call bomba mereka mampu bertenang sikit. Sekumpulan jemaah surau yang terperangkap di dalam lif. "Bila dengar suara anggota bomba dekat luar lif, mereka lega dan dapat senyum sambil bertakbir di dalam. Program takbir raya diteruskan seperti biasa selepas itu," cerita Rafiq. Rafiq mendakwa, kerosakan lif di kondominium bukan insiden pertama kerana pernah berlaku beberapa kali sebelum ini. "Saya berharap selepas ini pihak pengurusan boleh mengambil tindakan yang sewajarnya. Selenggara lif tu agar kejadian macam ni tak berulang lagi. Syukur tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian malam raya tu. "Jangan tunggu ada kemalangan jiwa baru nak terngadah," kata Rafiq menitipkan pesanan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!