SIAPA sangka hanya bermula dengan satu 'tweet' yang memberi isyarat sedang mencari pasangan, seorang pemuda dipertemukan jodoh tepat pada masanya. Benarlah seperti yang diperkatakan ramai, 'jodoh itu rahsia Allah' dan pertemuan serta perkenalan pasangan ini berlaku tanpa dirancang. "Asyik raya sendiri je. Semoga tahun depan berdua. Selamat Hari Raya panik. Maaf zahir batin. Orang kata team raya single kena sebut," tulisnya menerusi satu ciapan pada 1 Syawal tahun lalu. Ciapan di laman Twitter suami pada 1 Syawal tahun lalu. Berkongsi cerita kepada mStar, si isteri, Nur Nabila Izzati Shaberi berkata, dia dan suami yang menulis ciapan tersebut selamat diijabkabulkan pada 18 Mac lalu, kira-kira seminggu sebelum Ramadan. Lebih mesra disapa Abel, katanya, dia hanya menyedari tentang ciapan berkenaan pada Hari Raya kedua selepas menerima banyak mesej secara langsung (DM). "Rupanya rakan saya tag akaun Twitter saya pada tweet tersebut. Pada mulanya, saya tak ada perasaan pun, buat tak layan macam jual mahal. "Dia (kini suami) yang DM saya dulu. Masa tu saya single tapi tidaklah mencari (calon suami). Tapi selepas sebulan, saya sendiri yang DM dia," katanya ketika dihubungi. Menurut wanita berusia 30 tahun itu, dia juga pernah menulis ciapan di Twitter mahu mencari pasangan sebanyak tiga kali dalam tempoh dua tahun, namun tiada yang serasi. ARTIKEL BERKAITAN: "Dah jumpa hero Tamil saya" - Wanita bertemu jodoh idaman 'muka Hindustan, banyak bulu' selepas setahun mencari di Twitter ARTIKEL BERKAITAN: Masa bercinta bukan main garang, lepas kahwin tiba-tiba suami jadi sweet! Wanita ini bikin netizen cemburu, doa dapat jodoh sama sifat "Saya bukanlah memilih, tapi mungkin tidak kena dengan kriteria yang saya cari... lebih tinggi daripada saya, tidak merokok dan tinggal berdekatan," ujar Abel yang berasal dari Ipoh, Perak dan berketinggian 152 sentimeter. 'First date' di kenduri kahwin. Namun kata Abel, dia memberanikan diri untuk DM suaminya selepas melihat satu hantaran di IG Story di akaun Instagram yang menunjukkan foto bersama seorang perempuan. "Nampak dia keluar dengan seorang perempuan, ingat dia sudah ada seseorang. Next IG Story dia maklumkan itu adik perempuan dia, saya tak fikir panjang dan terus DM. "Saya berterus-terang kata nak kawan dengan dia, tapi dalam hati takut terlepas dan putus harapan. Mungkin waktu itu juga Tuhan gerakkan hati saya untuk mencari seseorang yang serius mencari pasangan," ujarnya mengenai suami, Mohd Firdaus Fadzil, 29. Pasangan ini bernikah pada 18 Mac 2023. Bukan sekadar lebih tinggi, tidak merokok malah pemuda yang dihubunginya itu juga tinggal berdekatan di Pulau Pinang, menepati tiga kriteria utama yang pernah dikongsinya di laman Twitter. Mengimbas kembali, Abel yang bekerja dalam bidang admin dan pelukis inai (henna) memberitahu bahawa pertemuan pertama mereka berlaku di sebuah kenduri kahwin di Pulau Pinang. Macam tak percaya, sekarang dah kahwin. NUR NABILA IZZATI SHABERI “Pertama kali (first date) itu juga dia berjumpa dengan ibu bapa saya di kenduri kahwin saudara. Orangnya sedap mata memandang, penyabar dan sangat sweet, sampai sekarang dia selalu buat kejutan untuk saya. "Macam tak percaya, sekarang dah kahwin. Sebelum ini, mak saya suruh cari jodoh sebab umur dah 30 tahun," katanya yang bertunang pada 22 Januari sebelum berkahwin dua bulan kemudian. Sewaktu berbulan madu di Langkawi, baru-baru ini. Tambah Abel lagi, dia dan suami yang berasal dari Kodiang, Kedah pada awalnya merancang untuk berkahwin selepas Hari Raya sama ada Mei atau Jun depan. "Tapi apabila difikirkan, lebih baik kahwin awal. Alang-alang tu boleh beraya sekali sebagai suami isteri. Syukur Alhamdulillah urusan kami dipermudah. "Bermula dari satu tweet, Alhamdulillah kami dapat beraya sebagai suami isteri tahun ini. Raya kali ini beraya dulu di kampung suami, kasi dia menang," ujarnya secara berseloroh. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!