DI mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Seorang pemuda menerima pujian kerana bijak merebut peluang dengan membuka sebuah gerai kecil di hadapan sebuah tanah perkuburan. Kisah mengenai pemuda yang berniaga air dalam botol serta hirisan daun pandan itu meraih perhatian ramai selepas ia dikongsi oleh seorang individu dikenali sebagai Matiin Rahman menerusi TikTok. "Pernah tak anda ada pengalaman apabila ingin menziarah tanah perkuburan, anda terlupa atau malas untuk membawa air dan bunga untuk ditaburkan ke atas kubur yang diziarahi? Aktiviti ziarah pusara jadi kemestian setiap kali tibanya Syawal. (Gambar Hiasan) "Baru-baru ni, mak ayah saya menziarahi kawasan perkuburan di Klang, Selangor. Mereka lihat seorang lelaki gigih mencari sumber pendapatan lebih. "Perniagaannya sangat mudah. Dia hanya menjual air yang diisi ke dalam botol 1.5 liter dan juga potongan daun pandan," ujarnya memulakan cerita. Pemilik TikTok itu turut membuat analisa perniagaan pemuda itu yang dikatakan tidak memerlukan modal besar, malah risikonya juga rendah. Andai kata dia jual air botol tersebut dengan harga RM2 sebotol dan RM3 satu beg daun pandan. Kalau sehari pelanggannya 100 orang, sehari pendapatannya RM500. MATIIN RAHMAN "Model perniagaan yang tidak memerlukan modal yang besar untuk dimulakan tetapi demand ada. Perniagaan ini juga low risk dan juga zero waste. "Raw material perniagaan mudah dan boleh didapati dengan senang dan murah. Andai kata dia jual air botol tersebut dengan harga RM2 sebotol dan RM3 satu beg daun pandan. Kalau sehari pelanggannya 100 orang, sehari pendapatannya RM500. "Dan (jika) dia lakukan perniagaan ini secara weekend basis (Jumaat, Sabtu dan Ahad) maka pendapatannya adalah RM500 sehari. RM500 kali tiga hari, kali empat minggu, bersamaan dengan RM6,000 (sebulan)," tulis individu itu. ARTIKEL BERKAITAN: Anak pergi kubur minta arwah ibu hadiah pelukan, akhirnya terpaksa peluk diri sendiri - “Susah hidup tak ada mama” ARTIKEL BERKAITAN: [V] Seram sejuk suami dapat kek kubur, siap pacak 2 batu nisan... Rupanya isteri bagi mesej ‘deep’ untuk kaki lumba kereta! Menurut Maatin lagi, sekiranya modal air mentah adalah 20 sen setiap liter, maka peniaga itu hanya membelanjakan RM360 sebulan untuk 100 botol bersaiz 1.5 liter. "Manakala kos daun pandan pula, kalau ikut yang saya biasa beli di NSK, daun pandan dijual RM3 seikat. Kita ambil la 10 ikat sebulan. Jadi total kos RM30 sebulan. "Jumlah COGS (kos barangan jualan) dia sebulan hanya RM390," ujarnya lagi. Di ruangan komen, ramai yang turut memuji usaha pemuda itu yang dianggap kreatif dalam mencari rezeki. Tak ramai yang terfikir idea untuk berniaga daun pandan dan air botol untuk siraman pusara di hadapan kubur.. (Gambar Hiasan) "Aku sanggup bagi duit dekat orang yang berusaha daripada orang yang minta tanpa usaha. "Bagusnya. Kadang dah sampai, tapi lupa bawa semua air dan bunga. "Hari-hari ke orang ke kubur? Mungkin waktu raya je ramai. "Ya Allah, bagusnya idea dia," tulis beberapa netizen di TikTok. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube