BUAT kaum Hawa, Aidilfitri pastinya tidak lengkap tanpa alat solekan seperti gincu dan pemerah pipi. Walaupun begitu, pelaburan untuk memiliki aksesori mekap tersebut bukannya murah dan ada yang terpaksa memecah tabung demi perbelanjaan kecantikan diri. Seperti kisahnya melalui satu luahan tanpa nama di Twitter, seorang gadis menceritakan dia berasa kurang senang apabila ibu saudaranya sewenang-wenangnya menggunakan alat solekan miliknya tanpa kebenaran. Mekap merupakan satu kemestian untuk para wanita. (Gambar hiasan, Freepik) Menurut gadis itu, dia sendiri membeli alat solek dengan menggunakan wang saku yang diberikan ibu bapanya kerana masih bergelar seorang pelajar. "Biasanya kalau perempuan balik kampung akan bawa makeup dan skincare sendiri. Biasa la kan buat macam ni? "Tapi macam mana nak halang sepupu dan ibu saudara kita daripada sesuka hati pakai kita punya makeup dan skincare. ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Minta pasar malam punya pun belum tentu dapat” - Isteri jaga rapi alat mekap, suami dan anak ambil berus paling mahal cat pintu ARTIKEL BERKAITAN: Wajah penuh jerawat batu, MUA sampai malu nak mekap pelanggan! Terpedaya dengan produk merkuri, kulit cantik cuma sementara "Sebabnya apabila setiap kali saya balik kampung, memang mereka akan minta tolong saya buatkan diorang punya skincare, tapi cuma yang saya kurang selesa skincare tu guna saya punya barang. "Kebanyakan daripada mereka dah bekerja dan ada skincare sendiri, saya masih seorang pelajar yang ditanggung oleh ibu bapa," luah gadis itu. Gadis itu merasakan ia tidak adil kerana ibu saudara dan sepupunya mampu untuk membeli produk kecantikan sendiri tetapi masih memilih untuk menggunakan barangannya. Cakap kalau mereka pakai tak lawa. Kalau nak mekap, minta diorang punya barang mekap. WARGA MAYA "Skincare saya pun murah je, kebanyakannya jenama untuk golongan marhaen. Geram rasa apabila nampak mereka pakai tanpa kebenaran saya. "Tahu-tahu barang tu dah licin," kata gadis tersebut kesal. Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya mencadangkan beberapa solusi yang mungkin dapat membantu wanita itu. "Saya dengan sopan akan cakap tak boleh. Bagi sebab tak nak share takut nanti naik jerawat kalau guna sponge atau brush makeup yang sama. Sebahagian ciapan balas warga maya. "Ataupun pakai mekap untuk diri sendiri awal-awal dan sorok je mekap tu. Kene struggle sikit. Kalau mereka tanya juga, cakap je tak bawa. "Makcik aku pernah minta aku siapkan anak-anak dia. Aku tanya mana mekap nak pakai? Dia minta guna aku punya je. Aku bagi tapi aku tepek-tepek bedak compact pixy tu je siap settle. Tak beragak langsung. "Aku selalu cakap yang skincare aku tak sesuai kulit mereka, kalau foundation cakap je tak sesuai dengan shade muka. Cakap kalau mereka pakai tak lawa. Kalau nak mekap, minta diorang punya barang mekap," kata sebahagian netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!