SEBAGAI content creator, Adam Nazri menganggap komen-komen di media sosial sebagai satu lumrah biasa yang perlu dihadapinya. Namun, anak muda berusia 22 tahun itu terkilan apabila keadaan fizikalnya yang lumpuh sebelah tangan menjadi bahan jenaka seorang individu di aplikasi TikTok. "Handsome Adam ni tapi orang kelainan upaya (OKU). Kalau Ceman tak handsome, tapi tak OKU," tulis seorang netizen. Tangan kiri Adam lumpuh selepas dia terlibat kemalangan jalan raya. Menurut Adam, dia berang apabila isu sensitif tentang dirinya dijadikan sebagai bahan gurauan dan berharap ia tidak berulang lagi pada masa akan datang. "Saya tak kenal orang yang tulis komen tu. Saya perasan ada orang mention saya dekat TikTok dia. Saya slide tengok komen, dia bandingkan saya dengan seorang YouTuber yang saya tak kenal. Dengan berkat doa mak ayah, saya harap tangan kiri ini dapat sembuh semula. ADAM NAZRI "Kalau tengok balik video reaksi saya di TikTok, ia lebih kepada nak marah. Saya tak rasa down, tapi nak marah sebab dia sesuka-hati guna perkataan OKU. Directly dia sebut. "Tolong hentikan body shaming orang. Kalau nak jadi keyboard warrior tak ada masalah, tapi orang akan marah bila sentuh benda sensitif," ujar Adam yang enggan memaafkan individu itu. Menurut Adam yang baru lima bulan bergelar sebagai content creator, tangan kirinya lumpuh ekoran masalah saraf selepas dia terlibat kemalangan beberapa tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda OKU naik ‘skateboard’ jadi pelakon! Seronok dapat jumpa Ezad Lazim, InTeam - “Dah lama tunggu orang ambil saya berlakon” ARTIKEL BERKAITAN: Tangan, kaki terlipat ke belakang... ramai sebak tengok OKU berguling ke masjid - “Di akhirat nanti berlari selaju kilat” "Saya terlibat kemalangan motor masa usia 17 tahun. Kecederaan saya ada kaitan dengan saraf, tangan kiri saya jadi lumpuh. Sampai hari ni saya masih jalani rawatan. "Dalam kemalangan itu, saya juga patah rusuk dan patah kaki. Harapan saya agar tangan kiri saya dapat kembali jadi normal, nak jadi macam orang lain yang boleh bekerja dengan tulang empat kerat. "Saya percaya dengan kuasa Allah dan masih tak putus harapan. Dengan berkat doa mak ayah, saya harap dapat tangan kiri ini dapat sembuh semula," ujarnya yang berasal dari Kuantan, Pahang. Adam bergelar content creator sejak lima bulan lalu. Dalam pada itu, Adam turut menitipkan pesan kepada mereka yang senasib dengannya agar terus cekal dan tidak berputus asa dengan kekurangan fizial pada diri. "Kita kena ada sasaran untuk masa depan. Macam saya, nak ada keluarga dan kerjaya. Kalau kita tenggelam dengan kecacatan, macam mana kita nak kejar masa depan? "Kalau ada sasaran, buat sampai dapat. Tak usahlah kisah pandangan orang," ujar anak kedua daripada lima beradik itu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube