suria

Anak lelaki tahi dadah kena ‘kutip’ 2 hari sebelum raya, ibu sendiri lapor polis - “Harap kali ni biar lama di penjara”

Zaharah cukup kecewa apabila anaknya menjadi seorang penagih dadah.

SETIAP ibu pastinya mengharapkan anak-anak mereka membesar sebagai insan yang berguna.

Namun, seorang wanita dikenali sebagai Zaharah Ahmad terpaksa hidup dalam keadaan ketakutan kerana anak lelakinya terjebak dengan najis dadah.

Menerusi video tular di media sosial, Zaharah berkongsi detik cemas ketika anak lelakinya sedang mengamuk di kediaman mereka.

dadah3

Anak lelaki Zaharah akhirnya ditangkap oleh pihak berkuasa.

"Aku seorang ibu yang tak mampu berkata apa, hanya mampu berdoa yang terbaik untuk anak-anak.

"Tapi anak-anak sanggup buat ibu susah hati macam ni. Tak tenteram hidup, sampai bila aku nak teruskan hidup macam ni," luahnya menerusi TikTok.

Dalam perkongsian video itu, Zaharah yang dipercayai menetap di Tasek Gelugor, Pulau Pinang turut menyertakan tanda pagar #penagih dan #mengamuk pada ruangan kapsyen.

Saya tak kuat nak handle sendirian, sebagai ibu tunggal.

ZAHARAH AHMAD

Bercerita lanjut, wanita itu berkata dia pernah membuat laporan polis tentang anaknya, namun perkara sama tetap berulang sehingga ke hari ini.

"Mak mana yang tak sayang anak. Sayang-sayang pun saya tetap buat report demi keselamatan anak yang lain. Dah banyak kali saya report naik turun tangga.

"Selalunya kena tangkap, kalau urin tak sangkut, mereka akan bebas balik. Saya pun tak tahu sampai bila nak alami benda ni.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Kecoh ibu buat live mengamuk anak dituduh mencuri... kurang 24 jam dihentam kaw-kaw, Kak Long ke lokasi kejadian semula, betul ke bukan sebab marketing?

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Teman wanita suami mengamuk di shopping mall, serang sampai koyak baju! Isteri hanya diam sambil dukung anak

"Saya tak kuat nak handle sendirian, sebagai ibu tunggal, saya harap saya mampu bertahan. Andai siapa dapat membantu, bantulah saya untuk hantar dia ke pusat pemulihan," luah wanita itu lagi.

Video amukan penagih itu meraih lebih 800,000 tontonan di TikTok.

Dalam video terbaharu pada Khamis, Zaharah meluahkan rasa lega apabila anaknya sudah diberkas pihak berkuasa.

"Alhamdulillah, berkat doa sahabat TikTok. Terima kasih yang mendoakan, saya harap dia dapat berubah ke arah lebih baik daripada sebelum ni.

dadag1

Komen netizen berhubung video tular itu.

"Saya harap kali ni biar lama di penjara, Amin Ya Rab, semoga pintu hidayah terbuka," ujar wanita itu.

Di ruangan komen, ramai netizen turut mendoakan wanita itu serta berharap anaknya akan berubah suatu hari nanti.

"Dia mesti boleh berubah makcik. Biar dia dekat dalam lama sikit. Yang penting niat kena betul.

"Semoga anak puan lepas ni, keluar menjadi lebih baik. Amin.

"Alhamdulillah, penat mental mak dia. Sekarang mak boleh fokus ibadah dengan tenang," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain