MERAIKAN Aidilfitri bersama keluarga mentua pastinya tidak sama dengan keluarga sendiri. Perbezaan suasana dan ahli keluarga yang berkemungkinan kurang dikenali boleh menyebabkan seseorang itu seperti di tempat asing dan terasa kekok dalam menyambut Syawal. Begitulah kisahnya melalui satu luahan tanpa nama di Twitter membabitkan seorang wanita merasakan seolah-olah kehadirannya dalam keluarga mentua tidak diterima. Ciapan asal di laman Twitter. "Tak tahu saya terlampau childish atau memang saya patut terasa hati. Cerita dia macam ni, keluarga mentua saya ada buat kenduri. "Mereka ada ambil gambar keluarga besar dekat atas pelamin tapi apa yang sedihnya saya yang kena ambil gambar tu. "Boleh bayang tak muka saya merah padam macam mana waktu semua orang ada dalam frame tapi saya tak ada," luah wanita itu terkilan. ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun tinggal sebumbung, wanita terasa hati mentua suka hempas barang! Netizen ingatkan si suami patut beri nafkah tempat tinggal ARTIKEL BERKAITAN: Potong ‘mood’ nak raya! Wanita mengeluh ipar-duai main ‘booking’ di rumah mentua, sampai lewat tetap dapat tidur dalam bilik Lebih menyakitkan hati, wanita itu menceritakan bagaimana mentuanya seperti dengan sengaja mengeluarkannya dari perbincangan dan perkembangan semasa keluarga. "Saya, suami dan anak sahaja yang pakai baju warna lain, saya tak diberitahu pun ada tema baju dan sebagainya. Ini dah kali kedua jadi macam ni. "Ada wedding relatives tapi tak diberitahu pun ada tema warna baju. Sedangkan keluarga mentua semua baju warna sama. Saya jujur sedih tapi tak beritahu suami sebab takut jadi lain. "Rasa macam tak dialu-alukan dalam keluarga pun, setiap kali raya anak saya tak dibelikan pun baju raya daripada keluarga mentua saya. Selagi dia tak kacau rumah tangga, anggap awak singgah-singgah je rumah mentua tu. WARGA MAYA "Sedangkan semua cucu yang lain dapat baju raya, alasannya sebab saya mampu dan keluarga saya mampu. Saya rasa macam tak patut pilih kasih sedangkan anak saya pun cucu mereka," kata wanita itu lagi. Wanita itu pada masa sekarang memilih untuk memendam rasa hati berbanding bersuara kerana risau akan mengeruhkan lagi keadaan. "Banyak lagi yang tak adil tapi saya pilih untuk diam sebab tak nak gaduh dengan suami. "Tolong bantu saya, apa yang saya patut buat agar saya dapat ikhlas beraya dengan family?" kata wanita itu meminta pendapat. Sebahagian ciapan balas warga maya. Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya cuba memberikan nasihat untuk membantu wanita itu. "Macam ni la sis. Kalau orang ajak, kita join. Kalau tak ajak, kita buat hal kita. Bila anak sis baru seorang, memang akan cepat terasa benda macam ni. "Dah ada anak dua esok, sis tak akan ada masa nak fikir benda ni semua. Jadi tenang, tak apa, matchy warna baju raya dengan keluarga kecil awak je okay. "Tentang baju raya tu, mungkin awak boleh contact sendiri mak mentua tanya baju ada tema tak? Atau awak minta suami tanya. Yang lain tu, ignore je la. Selagi dia tak kacau rumah tangga, anggap awak singgah-singgah je rumah mentua tu. "It’s okay, cuba slow talk dengan suami in the best way. Sekurang-kurangnya, luah," ujar sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!