DUGAAN di penghujung bulan Ramadan. Begitulah situasi yang dihadapi seorang peniaga dikenali sebagai Fauzi apabila sejumlah wang miliknya tercicir di sebuah stesen minyak di ibu negara, awal pagi Khamis. Imbas Fauzi, dia terlalu sedih dengan kejadian tersebut memandangkan wang berjumlah RM400 yang tercicir itu merupakan modal untuk berniaga pada keesokan harinya. "Aku nak cerita, aku sedih gila. Reda... aku boleh reda dengan apa yang terjadi, atas kecuaian aku sendiri. Tapi kalau nak aku halalkan, aku tak halal, sebab aku penat. Wang dalam jumlah yang besar perlu disimpan rapi bagi mengelakkan ia tercicir di tempat tidak sepatutnya. (Gambar Hiasan) "Aku berniaga, aku kerja. Ceritanya macam ni. Semalam aku pergi Danau, pergi cari barang nak raya. Sambil beli barang, balik tu aku nak beli ayam untuk berniaga hari ni. "Jadi hasil meniaga, ada dalam RM400 lebih untuk aku beli barang. Aku letak dalam dompet. Duduk seketul dalam dompet. Lepas balik Danau, aku nak isi minyak kat Taman Melati. "Aku dah asingkan duit nak isi minyak, aku letak celah dompet RM50. Duit meniaga tu jatuh dekat dalam stesen minyak, jatuh dekat cashier," ujarnya. Menurut Fauzi, dia mengisi petrol seperti biasa dan hanya menyedari wang miliknya lesap selepas dia pergi ke sebuah pasar borong untuk membeli barang-barang untuk berniaga. Aku pergi pasar borong beli ayam apa semua, dah nak bayar baru perasan duit tak ada. FAUZI Lebih malang, Fauzi mendakwa dia gagal mendapatkan semula wang itu kerana ia telah dituntut oleh seorang individu tidak dikenali. "Lepas dah jatuh, aku tak perasan. Aku pergi pasar borong beli ayam apa semua, dah nak bayar baru perasan duit tak ada. Rupanya duit jatuh dekat stesen minyak. Aku patah balik ke sana, pergi cari duit. "Aku tanya cashier, ada nampak tak duit jatuh? Dia kata ada, tadi ada seorang kakak, bawa duit bagi dekat cashier. Dalam RM400. Aku cakap tu duit saya. Tapi dia kata sudah ada orang datang angkat. Seorang lelaki datang cakap, kata itu duit dia. "Aku cakap kat dia, kenapa bagi? Lepas tu dia cakap dia tak mahu bagi tapi orang tu marah-marah. Pelanggan tengah ramai. Lepas tu ada lagi seorang datang, dia cakap kalau dah ada orang mengaku tu, bagi je la. Pekerja Bangladesh tu bagi je lah," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Termenung tunggu pelanggan di kaki lima... Nasib peniaga Penang berubah selepas viral, nasi lemak RM1 tiba-tiba laris sampai Sarawak ARTIKEL BERKAITAN: Ramai tak suka peniaga ‘paksa’ beli kuih sebekas, nak macam dulu boleh pilih sebiji-sebiji... “Bukan semua nak makan kuih sama” "Ya Allah, ni nak raya ni. Itulah duit aku nak modal beli barang berniaga hari ni. Aku harap video ni viral dan sampai dekat telinga orang yang ambil duit tu. "Kalau sampai kat telinga dia, kalau bukan duit sendiri tu, janganlah mengaku ambil. Adui, aku penat tau kerja. Aku berniaga. Struggle gila, tu duit aku nak buat modal berniaga hari ni. "Saya dah minta nak tengok rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Kata budak cashier, bos dah balik. Sebab dah pukul 2 pagi. Dia suruh saya datang esok dalam jam 9 pagi. Masalahnya jauh rumah saya," tambahnya lagi. Video yang dikongsi Fauzi menerusi laman TikTok meraih lebih 200,000 tontonan. Sebahagian komen netizen tentang kejadian itu. Rata-rata netizen turut meluahkan rasa sayu dan berharap wang milik Fauzi dapat dikembalikan semula menjelang Hari Raya Aidilfitri. "Saya faham perasaan tu. Pernah niaga dulu 17 tahun, pelbagai dugaan pahit manis. "Bertabahlah tuan. Tu hak kita, jangan halalkan. "Kesian dia. Moga Allah mudahkan urusannya," tulis beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube