suria

Mesra siap laga-laga kepala! Gadis ini terpaksa rakam gambar raya dengan ‘strangers’ - “Mak bapa siapa ni, terima kasih beri peluang”

Rasa rindu gadis ini untuk merakamkan foto kenangan pada pagi 1 Syawal terubat.

SESI bergambar di pagi Hari Raya merupakan acara paling dinantikan oleh semua ahli keluarga demi mengabadikan kenangan bersama.

Namun dalam kegembiraan kita menyambut Syawal, ada juga insan-insan yang berduka pada hari penuh bahagia ini.

Perasaan sama cuba digambarkan gadis ini apabila dia cuba menumpang kasih dua individu tidak dikenali untuk merakamkan momen indah di pagi 1 Syawal lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bergelar anak yatim sejak usia 14 hari, kini patah 2 kaki pula... lelaki ini terharu dikurniakan sahabat sanggup dukung, bancuh susu sebelum tidur

ARTIKEL BERKAITAN: Dari kecil perhati bapa, ibu saudara mewah makan harta anak yatim, wanita dapat kembali hak nilai jutaan ringgit selepas upah peguam

“Mak bapa siapa ni, saya bergambar di Masjid Sendayan. Terima kasih kerana beri peluang,” tulisnya dalam ciapan di Twitter.

Menurut @ka_mht, dia secara bersahaja meminta izin daripada sebuah keluarga untuk bergambar bersama ibu bapa mereka.

Sebagaimana ditunjukkan menerusi empat keping gambar dicantumkan, gadis itu kelihatan tersenyum gembira apabila keinginannya ditunaikan.

Gadis ini kelihatan sebak apabila permintaan bergambarnya ditunaikan.

Kemesraan turut ditonjolkan kedua-dua orang tua tersebut sehingga si ibu melagakan kepalanya dengan gadis berkenaan seperti kebiasaan gambar dengan anak-anak.

“Terima kasih pakcik dan makcik. Tolong abaikan muka cebik saya.

“Saya tak tahu ni mak bapa siapa. Aku secara rawak minta izin nak bergambar dengan mereka.

“Nak rasa bergambar dengan mak ayah di pagi raya. Dengan anak-anak mereka sekali menangis,” katanya.

Saya tak tahu ni mak bapa siapa... secara rawak minta izin nak bergambar dengan mereka.

KA_MHT

Hantaran tersebut menjadi tular setelah mendapat perhatian netizen yang sebak melihat perkongsian gadis ini.

Rata-ratanya turut mendoakan kebahagiannya setelah gambar tersebut dikongsikan pada hari pertama Syawal.

Tidak menyangka bahawa perkara itu mendapat sambutan ramai, wanita ini menceritakan kisah disebalik hasrat dan keinginannya bergambar tersebut.

Menerusi satu lagi perkongsian, gadis itu memaklumkan ibu bapa bapanya sudah dijemput Ilahi pada Julai 2021.

Tangkap layar perkongsian gadis ini mengenai ibu dan bapanya yang sudah meninggal dunia.

Difahamkan bapanya Mihat Maitit meninggal dunia pada 16 Julai disusuli arwah ibunya, Noraini Mohd Fuzi yang pergi beberapa hari kemudian iaitu pada 20 Julai tahun sama.

“Ya Allah, sampai viral. Maaf semua kalau ada menangis sama atau apa-apa. Terima kasih juga mendoakan yang baik-baik.

“Hari ni birthday arwah mak. Hadiahkan al-Fatihah untuk mak abah saya please. Terima kasih. Selamat Hari Raya kedua,” ujarnya berkongsi foto arwah kedua-dua ibu bapanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain