suria

Adat ‘tol’ kahwin sentiasa ada drama... RM5 ditolak, sudahnya rombongan pengantin kalut sorok-sorok masuk duit dalam sampul

Adat tol kahwin dikatakan membebankan pengantin lelaki. -Gambar hiasan

ADAT 'tol' kahwin dengan orang Johor sememangnya tidak asing lagi kepada semua.

Dalam tradisi ini, rombongan pengantin lelaki akan dikenakan 'bayaran' di pintu masuk majlis sebelum boleh dilepaskan untuk berarak ke pelamin.

Tradisi ini dikatakan akan memeriahkan majlis apabila melihat gelagat pasangan mempelai selain mengeratkan hubungan silaturahim keluarga pengantin lelaki dan perempuan.

Ciapan asal di Twitter.

Namun menerusi satu ciapan yang tular di Twitter, seorang lelaki berkongsi pengalamannya yang tidak enak dipandang mengenai tradisi ini ketika bertugas sebagai jurugambar perkahwinan.

"Kalau adat ini dibawa secara bersederhana, buat satu dua tol, pantun satu dua kerat, terus jalan, tak ada masalah.

"Tapi yang jadi masalahnya bila sampai melampau. Ada sekali tu makcik pakcik ni keluarkan duit terus dari sampul, dan cakap 'lima ringgit je, mana cukup ni, pakcik nak yang warna merah' sambil gelak-gelak.

ARTIKEL BERKAITAN: Demi ibu, pengantin sanggup naik sampan! Tak terfikir tukar lokasi majlis walau dah tahu risiko banjir - “Kubur arwah ada depan rumah”

ARTIKEL BERKAITAN: Bayangkan masa nikah diduga redah banjir, majlis resepsi di hotel pula hampir berakhir tanpa pengantin... pengurus ini bersyukur akhirnya disatukan dengan jejaka Iran

"Pergi tol kedua pula 'makcik tak nak yang merah, tadi pakcik tu dah dapat, makcik nak up sikit'. Terus muka pengantin lelaki dah cuak. Jadi satu hal pula rombongan dekat belakang kena sorok-sorok letak RM20 dalam sampul.

"Muka pengantin lelaki dari senyum masa berarak, terus muka tak mahu senyum lepas dah kena tol," katanya.

Menurut lelaki itu, selepas sesi bergambar, pengantin lelaki tersebut sempat berbual dengannya untuk meluahkan perasaan.

Orang nak kahwin ni kalau boleh permudahkanlah, jangan menyusahkan lagi.

WARGA MAYA

"Habis je photoshot outdoor, pengantin lelaki tu borak-borak dengan aku. Isteri dia banyak kali minta maaf, tak sangka sampai melampau minta tol macam tu.

"Tapi itulah, majlis orang kan, kalau pengantin lelaki mengamuk dah jadi satu hal. Tapi adat itu bukanlah satu tiket untuk merendah-rendahkan orang lain.

"Cara macam tu mengaibkan pengantin lelaki, saudara-mara pengantin perempuan membuatkan pengantin lelaki nampak sengkek. Tapi ada yang buat adat 'tol' ni okay dan tak memalukan.

"Jadi itu sebab kenapa ada yang tak suka adat 'tol' orang Johor ni. Adat 'tol' ni waktu aku pergi ke Melaka dan Negeri Sembilan pun ada," katanya.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

Menjengah ke ruangan bebenang di laman Twitter, rata-rata warga maya berkongsi pandangan masing-masing mengenai adat 'tol' ini.

"Adat 'tol' ni okay, tapi biar jelas. Sebelum kenduri beritahu siap-siap berapa banyak dan macam mana nak sediakan tolnya. Senang pengantin lelaki nak prepare.

"Ada pernah sekali ni kenduri kahwin member aku, diorang buat 'tol' banyak sangat, sekali bajet dah habis, pengantin lelaki koyak terus patah balik nak keluar, baru kelam-kabut diorang kejar.

"Orang nak kahwin ni kalau boleh permudahkanlah, jangan menyusahkan lagi," komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain