TINDAKAN seorang pemuda yang menggunakan akaun @adamkilat mengeluarkan kata-kata kurang enak dengan mencabar pasukan polis mengundang padah apabila dia ditahan pada Ahad malam. Malah insiden itu dirakam ketika sesi siaran langsung dilakukannya. Menerusi rakaman video yang sama, kelihatan dia dikejar oleh Unit MPV Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan. Pelayar TikTok @adamkilat cuba melarikan diri daripada ditahan polis. Insiden kejar mengejar yang tular itu berlangsung kira-kira 1 minit 5 saat. Sejurus ditahan, satu lagi sesi siaran langsung diadakan menerusi akaun TikTok miliknya. ARTIKEL BERKAITAN: Seronok beraya bertukar tragedi... Luruh jantung tengok kesayangan terbujur kaku, wanita masih trauma kucing jatuh dari tingkat 4 ARTIKEL BERKAITAN: Panik busana raya tiba-tiba hilang, gadis pasrah selendang terbentang cantik atas meja... Mak memang kreatif, mujur tak kena rendang Bagaimanapun ia dirakam oleh pasukan polis yang berjaya menahan pemuda tersebut. Menerusi rakaman kedua itu, pihak polis meminta Adam Kilat menyebut kembali kata-kata yang diucapkannya semasa sesi siaran langsung. Ingatkan dah besar rupanya budak sekolah... patut gelabah kena kejar MPV. WARGA MAYA "Cakap macam mana hang (awak) buat live tadi," kata seorang anggota sambil membuat kembali sesi siaran langsung menggunakan akaun @adamkilat. Sesi tersebut ditonton kira-kira 2,700 pelayar TikTok. Antara reaksi yang ditinggalkan warga maya. Selepas diasak untuk mengulang semula percakapannya, pemuda terbabit yang juga 'mat rempit' memaklumkan dia ada menyatakan bahawa tidak takut sekiranya polis datang. Dia bagaimanapun menyatakan tindakan tersebut adalah pertama kali dilakukan. "Ni baru pertama kali. "Kat BKE (Lebuhraya Butterworth-Kulim) ada buat function, polis buat kacau... angkat semua," ujarnya. Video tular yang dikongsikan di halaman Twitter @mynewshub itu mendapat pelbagai reaksi warganet. Rata-ratanya menyalahkan ibu bapa pemuda terbabit yang dipercayai masih bersekolah. "Inilah generasi apabila kita tegur mak ayah jawab 'biasalah budak-budak'. "Jangan terkejut. Selalu yang buat masalah bodoh ni mesti kaya dan berjaya... jangan cepat sangat level dia tak ada masa depan. Orang Malaysia pasti akan support dia sampai masa depan dia lebih baik daripada sekarang. "Ingatkan dah besar rupanya budak sekolah... patut gelabah kena kejar MPV, lepas kena cekup menangis. Ayah juga yang kena saman nanti kalau tak ada lesen... dik bahaya pengaruh TikTok ni kalau sekadar nak view buat perkara tidak elok," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube