suria

Tragedi ikan mas terapung... Wanita selamba isi air paip selepas tolong cuci akuarium bos, sudahnya semua temui ajal!

Ilia menceritakan tentang ikan peliharaan milik bosnya yang telah mati.

MASYARAKAT Malaysia sememangnya terkenal dengan sikap baik hati dan gemar tolong-menolong.

Pun begitu kadang-kala sikap berkenaan boleh 'memakan' diri sendiri jika tersilap langkah.

Seperti yang dialami Ilia Zalikha, dia tidak menyangka tindakan membantu membersihkan akuarium milik majikannya di pejabat meninggalkan kesan buruk.

Ia berikutan kesemua ikan peliharaan itu mati.

Ikan glow in the dark atau glofish tidak boleh diletakkan dalam air klorin.

Glofish atau ikan mas tidak boleh diletakkan dalam air klorin. - Gambar hiasan

Meluahkan perasaan menerusi video di TikTok, dia mengakui buntu meskipun sudah membeli ikan baharu untuk digantikan di dalam akuarium berkenaan.

Memulakan cerita, ujarnya, kesemua ikan tersebut dipelihara di dalam akuarium di pejabat.

"Akuarium tu kotor, aku suruh kakak (pekerja pembersihan) ni lap-lap sikit... atas arahan aku.

"Akhirnya tukar air sebab kotor sangat. Dia tanya sama ada letak air paip atau tidak, aku pun iyakan. Mana aku tahu.

ARTIKEL BERKAITAN: Serik! Masa hantar montel, apabila ambil dah kurus dan lemah – “Ada seekor lagi struggle untuk hidup... tapi saya tak mau tutup periuk nasi orang”

ARTIKEL BERKAITAN: Tak berhati perut! Konon pencinta haiwan tapi kurung kucing sampai mati, tuan rumah jumpa 2 bangkai reput tinggal tengkorak

"Aku letak ikan tu balik, letak air paip dan biarkan saja," ujarnya menerusi video berkenaan.

Mengakui tidak pernah mengendalikan ikan peliharaan, Ilia menyatakan yang dia tidak mengetahui keperluan meletakkan sejenis bahan ke dalam akuarium yang diisi dengan air paip.

Disebabkan itu, ikan yang dimasukkan semula ke dalam akuarium terbabit mati.

Banyak sangat letak air... sampai ikan-ikan tu tenggelam lemas.

WARGA MAYA

Malah dia hanya menyedari selepas dimaklumkan oleh rakannya sebelum mereka pulang ke rumah.

"Aku balik pukul 6, kemudian kawan aku datang dan cakap ikan dah mati. Aku pelik macam mana ikan-ikan tu mati pula," ujarnya lagi.

Dia turut menyatakan rasa takut dengan situasi yang berlaku.

Ekoran itu, dia membeli ikan baharu seperti yang dipelihara sebelum ini.

"Ikan yang mati ni aku buang dalam tong sampah. Aku pun bodoh... dah beli ikan ni, aku pun teringat, macam mana nak letak dalam akuarium tu... sebab nanti mati lagi.

Ilia mengakui rasa takut dengan insiden yang berlaku.

Ilia mengakui rasa takut dengan insiden yang berlaku.

"Dah la seekor RM6, aku beli 10 ekor... jadi RM60," tambahnya yang turut tertekan kerana tidak tahu apa perlu dilakukan bagi memperbetulkan kesilapannya itu.

Menerusi video sama, Ilia menyatakan yang dia tidak akan membantu mencuci akuarium lagi.

Meskipun kasihan dengan situasi yang berlaku kepada Ilia namun warga maya menganggap perkongsiannya itu mencuit hati.

Kebanyakannya meninggalkan komen jenaka pada video berdurasi dua minit dan tujuh saat itu.

Antara komen yang ditinggalkan netizen.

Antara komen yang ditinggalkan netizen.

"Ya Allah kak letak air paip. Sepatutnya air ribena... kan raya ni.

"Tak boleh guna air paip kak. Kena guna air penapis, baru hidup lama... demand sikit ikan-ikan macam ni.

"Bukan salah akak tapi mereka lupa cara bernafas.

"Banyak sangat letak air... sampai ikan-ikan tu tenggelam lemas," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain