suria

Mak pilih bulu, gadis sering jadi sasaran makian... dikerah macam kuli, adik-beradik lelaki pemalas tetap anak kesayangan

Seorang gadis meluahkan masalah yang dipinggirkan ibu sendiri. -Gambar hiasan

ANAK mana yang tidak mahu disayangi, bagai menatang minyak yang penuh.

Bagi seorang gadis, dia benar-benar mengharapkan kasih sayang seorang ibu, namun perkara itu tidak pernah berlaku dalam hidupnya.

Melalui satu coretan di Twitter, gadis tersebut meluahkan mengenai sikap ibunya tidak berlaku adil pada dirinya berbanding adik-beradiknya yang lain.

Ciapan asal di laman Twitter.

"Macam mana nak hadap ibu yang narcissist. Apa saya buat semua tak kena. Asyik saya je salah. Kalau dia buat salah dengan saya sekalipun tak pernah mengaku.

"Dalam hidup saya tak pernah dia cakap 'maaf' ataupun 'terima kasih' dengan saya. Setiap kali saya buat salah, segala caci maki semua keluar dari mulut dia.

"Tapi yang peliknya dia tak pernah macam tu dengan anak lelaki dia. Anak lelaki dia semua bagus katanya, saya je yang 'paling b*b*' walhal saya seorang je yang buat kerja dalam rumah tu.

ARTIKEL BERKAITAN: Mentua pilih bulu, lebihkan cucu lain siap belikan baju raya... Menantu wanita dah terasa hati, asyik disuruh jadi 'photographer' gambar famili

ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun tinggal sebumbung, wanita terasa hati mentua suka hempas barang! Netizen ingatkan si suami patut beri nafkah tempat tinggal

"Bila balik rumah mak dia, habis dia canang semua buruk saya dekat sepupu dan saudara-mara. Kata saya pemalas sedangkan di rumah saya dikerah kerja macam kuli," katanya.

Lebih menyakitkan hati, gadis itu juga mengatakan ibunya bersifat pilih kasih sesama adik-beradiknya.

"Adik-beradik saya belajar tak pernah pandai, kalau gagal pun mak biarkan. Tapi kalau keputusan saya kurang baik, habis dicaci. Tapi bila saya excel sekalipun tak pernah dia bangga.

Memang normal, mak-mak akan sayang anak lelaki lebih dari perempuan. Benda 'pilih bulu' ni akan sentiasa wujud.

WARGA MAYA

"Malah dia cakap saya ni gunakan kad pandai tu supaya ayah backup saya setiap kali ibu tengking saya. Walhal ayah saya kenal perangai ibu saya yang bencikan anak perempuan dia," katanya.

Remaja itu menceritakan akibat dari sifat panas baran ibunya, dia sering terngiang-ngiang dengan cercaan orang tuanya itu walaupun sudah meningkat dewasa.

"Dengan saya dia suka tengking-tengking, sampaikan dah sambung belajar pun saya masih terdengar macam mak panggil saya dari jauh marah-marah.

"Lepas tu baru saya teringat saya dah jauh dari dia. Saya tertekan hari-hari kena tengking dari kecil tak pernah dapat perhatian dari dia

"Kalau nak diikutkan, dalam adik-beradik semua, saya satu-satunya anak dia yang okay dari yang lain. Abang sulung tak bekerja, anak nombor tiga tak pernah buat kerja rumah asyik lawan cakap mak je.

Ciapan balas warga maya.

"Semua dia diamkan je, semua dia sayang tapi saya? Kenapa dia tak pernah nampak saya?" soal gadis itu dengan nada kesal.

Menjengah ke ruangan bebenang di laman Twitter, rata-rata warga maya turut berkongsi pengalaman sama.

"Favoritism ni wujud dimana-mana. My mom tak ada la smpai maki. tapi dia suka panggil anak perempuan buat kerja dari lelaki, yang lelaki sedap main game. Apa aku buat? Aku lawan balik.

"Aku pujuk adik perempuan aku, setiap kali dia orang buat kerja, aku bagi upah. Aku brainwash mak aku. Anak dia ada lapan orang semua tak ada cacat lagi.

"Memang normal, mak-mak akan sayang anak lelaki lebih dari perempuan. Benda pilih bulu ni akan sentiasa wujud," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain