KEDAI alat solek boleh dianggap 'berhantu' bagi kaum wanita yang mementingkan kecantikan. Namun apa yang tidak menariknya apabila ada dalam kalangan ibu atau penjaga yang 'hanyut' dalam lautan barangan kosmetik hingga mengabaikan anak-anak yang dibawa bersama. Apabila dibiarkan, anak-anak kecil akan ligat mencuba hingga merosakkan barang kosmetik yang diletakkan di rak jualan hingga merugikan peniaga. Kanak-kanak terbabit dilihat membuka kotak lipstik yang diambilnya. Seperti rakaman video daripada kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan di TikTok, kelihatan seorang budak perempuan yang berusia lingkungan lima tahun berlari-lari di dalam kedai sambil mengusik beberapa barang jualan yang lain. Ibu yang melihatnya juga tidak menegur perbuatan si anak sebelum mereka keluar tanpa memaklumkan kerosakan yang berlaku kepada juruwang. Situasi yang berlaku pastinya mengakibatkan kerugian kepada peniaga. ARTIKEL BERKAITAN: “Suka hatilah nak beli ke tak” - Pelanggan minta COD, barang sampai tak nak terima! Banyak kes libat pembeli di TikTok ARTIKEL BERKAITAN: Ini kedai mainan, bukan taska! Peniaga panas hati ibu bapa biar anak-anak main tanpa kawalan... Rosak tak mahu ganti! Ketika dihubungi mStar, peniaga bernama Razeeque Khanifa berkata dia kecewa kerana kejadian barangan jualan dirosakkan pengunjung sering berlaku sejak dia membuka kedai Brew Beauty di Taman Universiti Johor, dua tahun lalu. Jelasnya setiap bungkusan atau kotak barang jualan yang sudah dibuka tanpa dibeli dianggap sebagai rosak dan tidak boleh dijual. "Jadi rugilah. Kami merupakan penjual kosmetik harga borong. Kedai kosmetik Brew Beauty terletak di Taman Universiti Johor. "Jadi jika perkara ini berterusan dan kami mengalami kerugian setiap hari, dikhuatiri nanti kami tidak dapat menjualnya dengan harga borong. "Ia gara-gara kami perlu menampung kos kerugian kerosakan yang dialami," ujarnya. Bercerita lanjut kepada mStar, Razeeque berkata, susulan perbuatan empat sekeluarga itu, dia mengalami kerugian kira-kira RM200. Jika berterusan dan kami mengalami kerugian setiap hari, dikhuatiri nanti kami tidak dapat menjualnya dengan harga borong. RAZEEQUE KHANIFA PENIAGA KOSMETIK Tambahnya, kesemua barang kosmetik yang rosak itu adalah koleksi bagi Ramadan lepas. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meninggalkan beberapa saranan untuknya bagi mengelakkan insiden sama berulang. "Pasang pembesar suara dalam kedai, ready mikrofon di kaunter. Nampak jadi macam ni, terus tegur macam announcement dalam mall. Pemilik Brew Beauty akui sering mengalami kerosakan bernilai ratusan ringgit. "Aku pula yang geram... Selepas ini masuk kena bayar, kalau beli barang dapat kembali duit masuk tapi tidak dipulangkan kalau tak beli apa-apa. "Harus ada staf pantau," ujar beberapa netizen. Dalam pada itu, kebanyakan para ibu menyuarakan perkara yang berlaku itu membuatkan mereka lebih berwaspada untuk membawa anak kecil masuk membeli-belah bersama. "Sebab ni saya suka beli-belah sendirian, takut jadi macam ni. "Saya masuk kedai macam ni, anak tinggal dalam kereta... kadang drive pergi beli sendiri tak bawa anak-anak," ujar beberapa individu lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube