suria

Konon nak datang beraya 5 kereta tapi seorang pun tak muncul! Kesian tuan rumah penat masak bagai nak rak

Seorang wanita kecewa kerana rakan-rakannya tidak menepati janji. -Gambar hiasan

BULAN Syawal adalah peluang yang ditunggu-tunggu untuk berjumpa dengan insan yang sudah lama terpisah atau berjauhan.

Banyak jamuan makan dan rumah terbuka diadakan kerana aktiviti itu membolehkan rakan-rakan serta saudara mara datang bertandang.

Bagaimanapun, sebaai tetamu jangan dilupa adab-adab ketika menghadiri rumah terbuka termasuklah menepati waktu dan memenuhi janji.

Rumah terbuka kebiasaannya mempunyai banyak juadah. -Gambar hiasan

Seorang wanita berdepan nasib malang apabila rakan yang berjanji untuk datang beraya ke rumahnya tidak kunjung tiba tanpa sebarang pemakluman.

"Benda yang paling menyedihkan sis. Member lepas Asar call cakap nak datang beraya dekat rumah esoknya, dalam lima buah kereta cakap nak datang.

"Mereka minta nak makan rendang, ayam masak merah dan daging masak hitam.

ARTIKEL BERKAITAN: Beraya di rumah orang, anak merungut panas macam gurun... bapa tak fikir panjang terus ‘ajar’, netizen pesan jangan malukan di khayalak

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Open house’ bau najis, kembang tekak nak makan... Tetamu ‘sekolahkan’ tuan rumah bela kucing, macam mana boleh bernafas?

"Kita pun kelam kabut la pagi-pagi dah pergi pasar nak cari ayam, daging dan kerang sebab nak masak," luah wanita itu dalam satu hantaran di Facebook.

Semangat dan kegigihan wanita itu yang mahu memasak serta menjamu rakan-rakannya itu ternyata sia-sia apabila seorang pun tak muncul di pintu rumahnya.

"Bila dah siap masak, kita call la tanya dah sampai mana, akhirnya dia cakap tak jadi datang sebab ada hal lain.

Peliknya, tetamu datang sepatutnya membawa rezeki tapi mereka pula yang minta makanan itu ini.

WARGA MAYA

"Sedihnya, dalam ramai-ramai tu seorang pun tak ada nak beritahu atau maklumkan kepada sis awal.

"Penat sis masak banyak-banyak. Akhirnya makanan tu semua sedekah dekat jiran sebelah. Saya pergi letak atas meja jiran sebab nampak mereka ada tetamu.

"Saya maafkan kawan saya tu, saya percaya mereka ada alasan tersendiri," kata wanita itu kecewa.

Wanita itu berkata dia juga menanggung penat kerana perlu mengemas dapur dan membasuh peralatan memasak.

Sebahagian komen warga maya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berpendapat kejadian sebegitu boleh memutuskan hubungan yang sebelum ini dalam keadaan baik.

"Kalau kawan aku begini memang last la ajak. Jangan tanya kenapa tak jemput dah lepas tu.

"Dah boleh jauhkan diri dengan member macam tu, lima kereta tapi seorang pun tak fikirkan akak.

"Peliknya, tetamu datang sepatutnya membawa rezeki tapi mereka pula yang minta makanan itu ini.

"Lepas ni kalau kawan sama yang datang mohon hidang biskut kering dengan teh je," demikian komen sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain