SETIAP mereka yang bekerja pasti tidak terlepas daripada berdepan dugaan dalam mencari rezeki. Memudahkan urusan antara satu sama lain juga adalah sangat dituntut kerana kita tidak pernah tahu jika hidup seseorang itu susah atau sedang diuji. Begitulah kisah rider penghantar ini yang bersyukur kerana walaupun dirinya ditimpa musibah ketika bertugas, pelanggannya mempunyai empati untuk memahami situasi. Perbualan antara rider penghantar makanan dan pelanggan. Dalam satu video tular di TikTok, isteri kepada penghantar makanan itu menunjukkan perbualan dalam talian antara suaminya dengan pelanggan berkenaan. Segalanya bermula apabila rider itu menghubungi pelanggannya yang merupakan seorang wanita terlebih dahulu untuk memaklumkan apa yang terjadi. "Assalamualaikum kak, saya rider penghantar makanan tadi. Minta maaf sangat-sangat. ARTIKEL BERKAITAN: “Pangkat kau tak boleh masuk kubur la!” - Rider geram pelanggan sombong tak reti minta maaf, cakap besar walau salah ‘pin location’ ARTIKEL BERKAITAN: Cabaran... rider diminta buat ‘kerja tambahan’ bagi anjing pelanggan makan - “Saya dah la tengah puasa ni” "Makanan akak rosak tadi. Terpelanting keluar dari beg saya. Saya tak perasan bonggol depan masjid. Saya nak ganti makanan tu kak," jelas lelaki itu. Sudah bersedia untuk dimarahi tetapi lain pula yang berlaku, kerana pelanggan itu berlapang dada dan menganggap makanan berkenaan bukan rezekinya. Malah, wanita berkenaan turut menyuruh anaknya menghantar mesej pesanan suara kepada lelaki itu. "Tak apa abang, jangan susah hati, anggap je makanan tadi tu bukan rezeki saya hari ni. Umi (ibu) saya cakap jangan ambil duit tu tadi. Rider penghantar makanan ni dan isteri dia mesti ada buat sesuatu sampai Allah permudahkan urusan kalian. WARGA MAYA "Tapi abang bagi juga, saya pun dah terambil. Tak apa abang, RM10 tu pun dah cukup. Hati-hati memandu abang, kalau abang nak kejar masa, abang jaga la keselamatan diri sendiri. "Umi saya pun suruh abang berhati-hati, nyawa tak jual dekat kedai," kata anak pelanggan itu melalui hantaran nota suara. Di ruangan kaspyen video itu, isteri rider penghantar makanan tersebut menjelaskan bahawa suaminya bertegas untuk memberikan bayaran ganti rugi walaupun ditolak. "Suami nak ganti balik dengan bayar ikut jumlah harga makanan yang pelanggan tu beli. Tapi pelanggan tak nak. "Allahuakhbar nak hilang rasa bersalah tu susah. Akhirnya suami tetap juga bagi duit. Alhamdulillah suami ditemukan dengan orang-orang yang baik Sebahagian komen warga maya. "Untuk akak (customer suami), terima kasih saya ucapkan. Untuk adik, akak dan abang doakan awak berjaya dunia akhirat," tulisnya kagum. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji keperibadian mulia anak kecil itu. "Umi dia berjaya besarkan anak dia dengan baik. "Terbaik akak yang order tu, bijak didik anak. Rider penghantar makanan ni dan isteri dia mesti ada buat sesuatu sampai Allah permudahkan urusan kalian. "Bagus didikan mak ayah budak ni, ini baru betul, boleh dijadikan contoh," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube