STIGMA masyarakat biasanya meletakkan wanita sebagai insan yang bergantung harap kepada lelaki. Namun begitu, lain cerita wanita ini yang memilih untuk berdikari tanpa mengharapkan apa-apa daripada suaminya. Melalui satu luahan tanpa nama di Twitter, wanita itu berkongsikan perkara yang boleh dilakukannya berseorangan sehingga tidak memerlukan campur tangan suami dalam urusan harian. Ciapan asal di Twitter. "Sekadar nak berkongsi cerita untuk para isteri yang kecewa suami tak bagi duit raya. Saya dan suami dah bersama dekat tiga tahun. Suami hanya mampu provide makanan sahaja. "Sewa rumah kami kongsi separuh-separuh. Komitmen saya, saya yang bayar guna duit sendiri. Satu sen tak minta suami. komitmen saya jauh lebih tinggi dari suami, Saya bayar yuran pengajian adik saya dan bil perubatan mak saya "Suami? Nafkah kadang bagi, kadang tak, kalau dapat pun kurang dari RM100. Apa yang saya nak, semua saya beli dengan duit sendiri, jarang minta suami belikan. ARTIKEL BERKAITAN: Suami ugut talak, mentua pula asyik label anak derhaka... Wanita stres kena ‘mental torture’, 14 tahun wajib ikut balik raya di Kedah ARTIKEL BERKAITAN: Dahsyat ketagih PUBG! Ibu 6 anak pentingkan game, syok buat ‘live’ nak dapatkan ‘gift’... Sudahnya merana hidup menjanda "Suami tolong jaga kereta tapi duit penyelenggaraan semua daripada saya sebab kereta saya. Dia cuma tolong bawa pergi workshop macam tu," katanya. Walaupun sudah menjadi seorang isteri yang 'pemurah' dalam rumah tangga, wanita itu mendakwa suaminya masih enggan bersyukur. "Yang menyakitkan hati, suami selalu cakap saya kaya dan banyak duit. Dia selalu bising bila dia nak beli itu ini tak dapat sebab duit setiap bulan dah habis. Tolong jangan bagi isteri jadi independent, nanti kemanisan dan seri dalam perkahwinan itu akan hilang. WARGA MAYA "Saya sebagai seorang isteri jarang minta duit atau bergantung pada pendapatan suami, saya tak faham kenapa suami tak boleh nak bersyukur dengan isteri yang tak meminta. "Mulut dia asyik bising cakap miskin. Untuk aku, kalau kau nak miskin, kau miskinlah seorang diri. Ada satu tahap tu saya tengah 'moody' sebab datang bulan dan saya meletup. "Saya cakap dekat dia, saya tak pernah minta satu sen pun untuk dapatkan apa yang saya nak. Baju raya? Duit sendiri, sebab saya tahu keadaan kewangan dia, lepas tu ada hati lagi nak melebih," ujarnya. Wanita itu berpendapat jika suaminya menginginkan sesuatu, dia harus mengusahakannya sendiri. Wanita dalam rumah tangga tidak seharusnya dibiarkan terkontang-kanting berseorangan. -Gambar hiasan. "Saya 'sembur' dia dengan cakap kalau saya boleh beli sendiri kenapa dia tak boleh. Perempuan di luar sana, saya nasihatkan kalau nak harapkan duit suami, sila kahwin dengan orang kaya siap-siap. "Kalau tak, kau jadi kebal je macam saya. Duit saya, duit saya, duit kau duit kaulah. Janji saya tak meminta. Saya duit tinggal RM5 pun tak minta suami, pandai-pandai la saya hidup," katanya bangga. Wanita itu bagaimanapun dihujani dengan soalan daripada orang di sekelilingnya tentang mengapa dia memilih untuk berkahwin jika boleh hidup berseorangan. "Saya sebenarnya kahwin sebab nak ada teman sehidup semati. Tapi itulah, kalau pemalas dan tak mampu tampung keluarga, sorry to say. Ciapan balas warga maya. "Bila semua benda perempuan boleh buat seorang, suami jangan tertanya-tanya kalau lepas tu isteri dah tak minta tolong dan macam tak perlukan dia lagi," kata wanita itu. Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya berbeza pendapat dengan pendekatan wanita itu. "Salah satu perkara yang akan terjadi bila isteri terlalu berdikari dalam hubungan adalah rasa hormat terhadap suami akan hilang. Tak kisahlah dengan sengaja atau tidak. "Berdasarkan lenggok bahasa yang awak gunakan ini, boleh nampak apa yang awak buat ni memang dah sengaja, ia tidak sihat untuk rumah tangga awak. Semoga dipermudahkan segalanya untuk awak. "Tolong jangan bagi isteri jadi independent, nanti bila dia dah boleh buat semua sendiri, kemanisan dan seri dalam perkahwinan itu akan hilang. Suami kena selalu da dengan isteri," kata warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube