suria

Ada ijazah ‘medic’ pun tak guna, kerja kilang akhirnya... wanita rasa hidupnya gagal! Lagi stres dapat mak ayah jenis ‘control’

Seorang wanita sedih kerana sukar mencari kerja yang sepadan dengan kelulusannya. -Gambar hiasan

MENUNTUT ilmu tinggi hingga ke menara gading, pastinya 'hasil' yang diharap juga adalah setimpal.

Namun, realiti tidak selalunya indah dan dunia tidak selalunya adil.

Begitulah kisah gadis ini yang menggenggam segulung ijazah sarjana muda dalam jurusan perubatan tetapi kini bekerja di luar bidang yang tidak setaraf.

Seseorang itu pasti kecewa jika apa yang dihajati tidak mampu dicapai. -Gambar hiasan

Melalui satu luahan tanpa nama di Twitter, gadis itu merasakan hidupnya gelap setelah usaha keras selama bergelar siswi tidak menunjukkan hasil sepatutnya.

"Saya sekarang umur 26 tahun. Saya tengah kerja dekat kilang dan seperti yang korang semua tahu, kerja kilang ni gaji sikit sangat.

"Dalam keadaan saya ni, saya rasa macam saya seperti dah gagal dalam kehidupan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda cuci pinggan siap kemas dapur 3 pagi, kakak ipar terkesima jadi ‘ejen cari jodoh’... netizen akui susah nak cari macam tu sekarang

ARTIKEL BERKAITAN: “Selipar pakai di kaki pun kita pilih berjam” - Hati-hati cari jodoh! Cuba perhati buah hati, masuk waktu solat apa reaksinya

"Belajar sampai degree tapi akhirnya kerja di kilang," luah wanita itu.

Gadis itu berkata hidupnya tidaklah punah sepenuhnya tetapi kerana pekerjaannya kini, dia sering murung.

"Saya ada degree dalam perubatan tapi sekarang ni kerja jadi operator di kilang, boleh faham tak?

Kalau bukan dalam keadaan memaksa, awak sepatutnya utamakan diri awak dahulu.

WARGA MAYA

"Saya ingatkan habis degree dalam bidang perubatan boleh kerja hebat dengan gaji besar tapi ke kilang juga akhirnya.

"Mak ayah saya pun tertanya-tanya kenapa kerja kilang padahal ada degree. Saya bukan sahaja dah gagalkan diri saya tapi mak ayah saya juga," ujar gadis itu kecewa.

Menurut gadis itu lagi, hidupnya juga terhimpit kerana kekangan tertentu yang tidak dapat dielakkan.

"Saya nak sangat cari kerja yang ada kena-mengena dengan bidang. Antara salah satu sebab saya bekerja dekat kilang ni pun sebab nak dekat dengan rumah.

Apa yang tertulis untuk diri pasti ada hikmahnya. -Gambar hiasan

"Mak ayah tak bagi bekerja di Kuala Lumpur, katanya nanti susah nak jaga diaorang dan kalau apa-apa jadi senang ada dekat.

"Itu sebab saya terpaksa bekerja di kampung. Itu sebab saya rasa diri saya gagal," kata wanita itu.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya cuba memberikan kata-kata semangat dan nasihat.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Saya rasa baik dia cari kerja yang berkaitan dengan bidang dia. Boleh juga cuba kerja jarak jauh dengan mana-mana syarikat antarabangsa. Rajin-rajin korek Linkedin.

"Kalau tak suka kerja kilang baik terus tukar kerja. Cari kerja farmasi atau klinik. Sambil tu boleh tambah ilmu.

"Kalau bukan dalam keadaan memaksa contohnya ibu bapa dah uzur dan tak boleh uruskan diri sendiri, awak sepatutnya utamakan diri awak dahulu.

"Bunyi macam self-centered, tapi kalau kita nak menyara ibu bapa kita ke arah kehidupan yang lebih baik, kita kena ada tahap pendapatan yang berkemampuan dahulu," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain