suria

Pokok dibiar merimbun sampai masuk rumah jiran, pemilik langsung tak rasa nak cantas... cantik katanya!

Daun dan ranting kering dari pokok rumah jiran yang gugur di rumah kita boleh mengundang pergaduhan.

PERSELISIHAN faham antara jiran tetangga bukanlah perkara baharu terutama sekali apabila membabitkan isu pemilikan dan persempadanan.

Hati siapa yang tidak panas apabila melihat halaman rumah dipenuhi daun dan ranting kering daripada pokok jiran sebelah yang tumbuh merimbun.

Lebih sakit hati, teguran yang dibuat ternyata sia-sia bagaikan mencurah air ke daun keladi malah ada yang sehingga bermasam muka.

Hantaran asal yang dibuatnya di halaman grup Facebook.

Hantaran asal yang dibuatnya di halaman grup Facebook.

Masalah inilah yang dialami oleh seorang pemilik kediaman yang membuat luahan di Facebook, menyatakan kebimbangan melihat pokok jiran merimbun sehingga meliputi sebahagian penjuru rumahnya.

Katanya, keadaan sebegitu dikhuatiri menjadi sarang haiwan berbisa selain menjadi laluan tikus ke bumbung rumahnya manakala akar pokok pula akan merosakkan lantai.

ARTIKEL BERKAITAN: Oyen sarat mengandung suka berak di rumah jiran, hantar ‘warning’ tapi tak jalan... Lelaki berang akhirnya jumpa solusi, selesai masalah!

ARTIKEL BERKAITAN: Penghuni flat kumpul sampah depan rumah, jiran-jiran ‘report’ tapi sia-sia... Paling sedih bapa naik wheelchair kena pusing jauh

Katanya, dia sudah berhubung dengan jirannya itu berhubung isu itu dan kemudian bertanya pandangan warganet di grup Facebook bagi mendapatkan solusi.

"Cuma nak tanya pandangan ahli group. Saya dan keluarga baru sahaja berpindah di sebuah taman di Jitra, Kedah.

Kalau sikit saja, kita tolong buang dahan tu.

WARGA MAYA

"Jiran saya tanam pokok tepi sempadan rumah saya. Apabila ditanya, nak cantas dahan pokok yang masuk kawasan rumah saya sebab setiap kali balik Jitra, kena sapu dan buang daun-daun kering dan saya pula kena bayar," tulisnya.

Antara cadangan yang diutarakan warga maya.

Antara cadangan yang diutarakan warga maya.

Malah, dia mendakwa jirannya itu juga pernah menyatakan bahawa pokok yang ditanam itu cantik.

Bagaimanapun, akibat tidak dijaga rapi, pokok berkenaan tumbuh merimbun sehingga naik ke atas bumbung halaman rumahnya.

"Sekarang pokok sudah merimbun sampai naik ke bumbung porch rumah, dikhuatiri tikus dan binatang berbisa boleh naik ke bumbung dan akar dari pokok tu sudah merosakkan lantai rumah saya," dia menyatakan kebimbangan.

Tambahan pula jirannya itu bukanlah menghuni rumah tersebut sebaliknya dijadikan homestay semata-mata.

Persoalannya itu kemudian mendapat pelbagai reaksi warga maya dan rata-ratanya mencadangkan dia untuk melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Lapor PBT dulu, berbincang dulu dengan jiran... cari jalan penyelesaian untuk masalah.

Salah seorang netizen memaklumkan pokok berkenaan telah dicantas dan dibersihkan.

Salah seorang netizen memaklumkan pokok berkenaan telah dicantas dan dibersihkan.

"Kalau sikit saja, kita tolong buang dahan tu... kalau tak makan saman juga, buat report.

"Macam siatuasi saya... ambil gambar dan minta bantuan polis. Kalau kita ambil tindakan sendiri, jiran boleh buat report polis," ujar beberapa warga maya.

Sebilangan lagi menyarankannya supaya dia meletakkan racun supaya pokok layu dan mati.

Dalam pada itu salah seorang penduduk di taman itu di ruangan komen memaklumkan pokok yang dianggap bermasalah itu telah dicantas rapi selepas menjadi tular.

"Tanam rapat tepi pagar dawai, memang jiran complaint, " ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain