RAMAI yang bersimpati dengan nasib warga emas tetapi tidak semua mampu menterjemahkan perasaannya dalam bentuk perbuatan. Namun, lain pula cerita gadis ini yang semangatnya berkobar-kobar bertugas sebagai penjaga warga emas di Pusat Jagaan Nurul Jannah di Ampang, Selangor. Dalam satu tular di TikTok, Najwa Ramli, 22, dilihat tekun memasukkan makanan berbentuk cecair ke dalam tiub untuk diberikan kepada seorang warga emas yang sedang terlantar atas katil. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Bercerita kepada mStar, Najwa berkata dia tidak menyangka akan memilih pekerjaan ini tetapi berbangga dapat berbakti kepada golongan yang memerlukan. "Saya dulu ambil kursus perkeranian tetapi tak berjaya tamatkan pengajian, mungkin tiada rezeki. Lepas tu kawan abang, owner pusat jagaan ni ajak kerja sambilan tahun 2018 hingga 2019. "Mulanya macam ragu-ragu juga sebab tak pernah ada pengalaman dengan warga emas, tapi belum cuba, belum tahu kan. Saya tak ada rasa geli atau apa-apa bila cuba mendekati mereka, saya boleh adapt dan suka kerja saya. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Abang Viva keguguran, tak kecil hati disoal tentang zuriat ketika beraya! Lupa segala sengketa, 3 hari balik rumah mentua ARTIKEL BERKAITAN: Isteri bangun tidur mengeluh sakit kaki, suami tak berkira terus belanja kasut mahal... Lelaki ini tak sangka rezeki makin mencurah-curah "Tak ada rasa stres langsung. Lagi best dari duduk berjam-jam di hadapan skrin komputer macam jadi kerani dulu. Sejak tiga bulan lepas, saya dah kerja tetap di sini," kata Najwa. Menceritakan rutin hariannya di pusat jagaan, Najwa berkata jadual tugasannya bermula seawal pukul 6 pagi. "Pusat jagaan ni ada 13 warga emas dan tiga petugas termasuk saya. Rutin kami, pagi-pagi lagi kami akan mandikan nenek. Kalau kita pandai ambil hati mereka, mereka akan bergelak tawa je dengan kita, tak sempat pun nak bersedih. NAJWA RAMLI "Pukul 8 pagi kami bagi sarapan dan bagi ubat. Pukul 9 hingga 11 pagi pula kami akan luangkan masa dengan mereka, cuba berborak dan buat aktiviti yang sesuai dengan fizikal mereka seperti menyanyi. "Aktiviti lain antaranya dengar ceramah dan menonton televisyen.Tapi kalau tengok televisyen, kami tak akan benarkan mereka tengok cerita kekeluargaan sebab takut nanti mereka beremosi. "Kebanyakan mereka ada kesulitan untuk bergerak sendiri, kami akan tolak guna kerusi roda. Selain itu, mereka juga ada demensia dan cepat lupa apa yang baru berlaku," ujar Najwa yang berasal dari Pahang. Najwa membuat aktiviti mewarna bersama warga emas di bawah jagaannya. Najwa berkata, seperti mana-mana pekerjaan, tugasannya juga perlu dijiwai dengan keikhlasan. "Kita kena pandai berkomunikasi dengan warga emas. Kalau dapat tawan hati mereka, mereka akan bergelak tawa je dengan kita. Anggap mereka seperti keluarga. "Berbalik kepada rutin kami, dalam tengah hari macam tu, kami akan bagi makan lunch dan ubat, kemudian mereka akan istirahat petang. Najwa bersyukur dengan takdir yang telah tersurat untuk dirinya. "Dinner pukul 7 petang dan pukul 8.30 malam mereka akan tidur," kata Najwa. Bercakap soal keluarga, situasi waris meninggalkan ibu bapa di pusat jagaan dan mengabaikan mereka buat selama-lamanya tidak terjadi di tempat Najwa bekerja. "Kita wajibkan keluarga atau waris datang ambil nenek di pusat jagaan pada setiap Sabtu dan Ahad. Mereka tak akan boleh lepas tangan. "Aspek seperti perubatan, sakit dan sihat nenek, barang-barang penghuni semua anak yang urus. Waktu hari raya, kami akan tutup pusat jagaan ni. Anak-anak akan bawa pulang nenek ke rumah untuk sambut hari lebaran. Najwa menjalankan pemeriksaan kesihatan harian ke atas warga emas di pusat jagaan. "Biasanya anak-anak ada sebab tersendiri hantar orang tua mereka ke sini. Ada seorang tu mak umur dah 90 tahun, anak pula umur 60 tahun dan sakit, anak dah tak larat nak jaga mak dia sendiri, itu yang dia terpaksa hantar ke sini. "Lepas tu ramai yang sibuk dengan komitmen dan tanggungjawab, itu antara sebab kenapa anak pilih untuk hantar mak ke sini, tak nak tengok mak mereka terbiar macam tu je," cerita Najwa. Najwa memberitahu sepanjang berdamping dengan warga emas, dia banyak menyaksikan kisah suka dan duka berkisarkan kehidupan. Najwa menidurkan seorang warga emas untuk istirahat petang. "Ada satu nenek ni mungkin dia dah selesa dekat sini, sampai anak dia datang nak ambil bawa balik raya pun dia tak nak. Dia kata dia nak stay sini je, sampai menangis tak nak kena ambil. Sini ada ramai kawan dia boleh sembang. "Lepas tu, ada satu nenek ni dia tak pernah berkahwin, anak saudara yang hantar dia ke sini. Dia nenek istimewa. Dia pernah demam panas sampai ingatan hilang. Dia boleh ingat memori sampai umur 10 tahun je. "Sebab tu dia suka mewarna dan main dengan anak patung, macam seorang kanak-kanak," kata Najwa. Warga emas istimewa di bawah seliaan Najwa. Berbicara mengenai harapan buat dirinya, Najwa berharap dapat menimba lebih banyak ilmu kerana dia percaya ini adalah bidang yang bersesuaian dengan personalitinya. "Tak pernah terfikir yang saya akan ada di sini sekarang. Alhamdulillah dengan berkat doa ibu ayah, saya happy dengan kerja saya sekarang. "Mungkin ni apa yang terbaik," katanya menutup bicara. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube