suria

Mak ayah paksa anak kerja gomen buat ‘loan’ besarkan rumah, ugut derhaka jika ingkar... Tak mampu bayar akhirnya dapat notis bankrap

Wanita berkenaan runsing memikirkan notis kebankrapan yang dikeluarkan terhadapnya gara-gara membuat pinjaman bank. Gambar hiasan

JASA dan pengorbanan ibu bapa yang melahirkan dan membesarkan anak sememangnya tiada ternilai.

Justeru, menjadi tanggungjawab si anak untuk membalas kembali apa yang dicurahkan orang tua mereka apabila sudah menginjak dewasa kelak.

Bagaimanapun, tidak dinafikan ada segelintir ibu bapa yang menggunakan kedudukan mereka sebagai tiket untuk 'menekan' anak supaya mengikuti segala kemahuan mereka sekalipun ia di luar kemampuan.

Begitulah dengan situasi yang dialami oleh seorang wanita ini.

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti itu, dia menuruti kemahuan ibu bapa yang memintanya membuat pinjaman bank bagi membesarkan kediaman keluarga, hanya disebabkan dia satu-satunya anak yang bekerja dalam sektor awam.

Apa yang menyedihkan, dia akhirnya menerima notis kebankrapan kerana kegagalan melunaskan pinjaman bank yang dibuat.

loan 1

Sebahagian daripada luahan wanita berkenaan di ruangan komen.

"Maaf tumpang tanya, saya baru dapat mesej yang mengatakan notis kebankrapan ke atas saya difailkan di mahkamah. Loan bank RM200,000. Buat loan pun sebab parents yang suruh untuk mereka buat rumah.

"Sebab saya seorang je anak kerja gomen (kerajaan). Tapi sekarang saya yang terbeban untuk bayar. Apa yang bakal terjadi selepas diisytihar muflis ye?

ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah paksa buat loan! Ruangan komen jadi medan luahan anak-anak, buntu dibebani hutang hingga tua... ini pandangan mufti

ARTIKEL BERKAITAN: Kesian pengantin! Mak ayah berangan majlis gah, duit anak diperah siap suruh buat loan! Wang salam kaut dah cop awal

"Saya ada satu kereta, beli second-hand tunai RM30,000 sebelum ni. Adakah akan dilelong? Penggunaan kad bank adakah akan disekat?" tanya individu itu dalam hantaran yang dibuat di grup Facebook Majlis Bankrupt di Malaysia.

Tambah wanita berkenaan, dia sendiri mempunyai pelbagai komitmen yang perlu dilunaskan seperti bil utiliti, pengasuh anak dan perbelanjaan lain dengan pendapatan bulanan sekitar RM3,000.

"Loan sahaja dah RM2,000... pengasuh dan RM1,200. Dah negatif dekat situ. Habis anak-anak saya nak makan apa? Belum bab rumah sewa lagi," luahnya dalam ruangan komen.

Ujarnya dia bagaimanapun terpaksa mengikuti kemahuan ibu bapanya kerana diugut untuk 'dibuang' keluarga ekoran tidak mahu membalas jasa.

Sebab tu kadang-kadang terpaksa pentingkan diri sendiri. Sebab inilah, apabila banyak sangat lebih kurang, kita yang jadi mangsa.

NETIZEN

"Mereka cakap dah tugas saya sebagai anak. Kalau tidak, mereka tak nak mengaku saya sebagai anak. Saya tak kenang jasa sebab tak balas budi jaga semasa saya kecil.

"Mulut parents saya laser sikit... suka banding-bandingkan anak. Kalau tak ikut cakap, macam-macam diugut... nak buang keluargalah, doa hidup saya tak tenang sebab tak tolong keluarga sendiri padahal kerja gomen.

"Mereka cakap muflis pun masih kerja lagi, dapat gaji lagi jadi apa masalahnya.

"Tak apalah, saya pun pasrah nak jadi apa. Saya akan bangkit kembali lepas kena isytihar bankrap. Ini bukan pengakhiran hidup, bukan?" luahnya lagi menerusi ruangan komen pula.

Perkongsian wanita tersebut ternyata menarik perhatian warga maya yang rata-ratanya menzahirkan rasa simpati di atas nasib yang menimpa wanita tersebut.

komen loan

Antara komen netizen yang turut bersimpati dengan wanita berkenaan.

"Sebab tu kadang-kadang terpaksa pentingkan diri sendiri. Sebab inilah, apabila banyak sangat lebih kurang, kita yang jadi mangsa.

"Benda macam ni memang wujud. Aku tinggal di area kampung so banyak je kes macam ni aku pernah dengar.

"Jahatnya parents. Semoga Allah balas ibu bapa begini. Parents bukan maksum," demikian antara komen netizen.

Dalam pada itu, mereka turut menyarankan wanita berkenaan agar mendapatkan nasihat dan pandangan daripada pihak yang lebih pakar terutamanya berkaitan pengurusan kewangan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain