suria

Air muka tuan rumah terus berubah, malu tetamu ‘open house’ tegur cat dinding tak cantik... Corak langsir, warna lampu pun dikritik

Rumah terbuka sering dianjurkan untuk merapatkan hubungan silaturahim. - Foto hiasan

SEPANJANG Syawal, jemputan menghadiri rumah terbuka menjadi acara yang cukup ditunggu-tunggu.

Selain menjamu selera bersama, itulah kesempatan yang ada untuk bertemu saudara-mara dan rakan taulan bagi bertukar cerita dan perkembangan masing-masing.

Namun malangnya ada juga dalam kalangan jemputan yang seperti tidak menjaga adab dan tingkah laku ketika mengunjungi rumah terbuka.

Seperti yang dikongsikan Amirul Abraham, dia terkejut apabila salah seorang tetamu di rumah terbuka rakannya begitu lantang mengkritik setiap perkara yang dilihatnya.

Sanak saudara antara yang akan hadir untuk memeriahkan rumah terbuka Syawal. - Gambar hiasan

Sanak saudara antara yang akan hadir untuk memeriahkan rumah terbuka Syawal. - Foto hiasan

Malah, warna cat dinding juga tidak ketinggalan menjadi bahan celotehnya.

Meluahkannya di Facebook, dia berkata suasana di rumah terbuka rakannya itu aman sebelum kehadiran sebuah keluarga.

"Tuan rumah jemput mereka masuk, selepas salam peluk, cium... seorang tetamu wanita yang baru sampai mula complaint 'kenapa pakai cat warna ni? Kan elok warna putih'," ceritanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mak pergi awal Ramadan, ayah menyusul menjelang Syawal! Anak berdamai dengan diri, bersedia hilang ibu bapa sejak usia 8 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Konon nak datang beraya 5 kereta tapi seorang pun tak muncul! Kesian tuan rumah penat masak bagai nak rak

Bukan itu sahaja, wanita tersebut juga menyatakan warna yang dipilih itu tidak bersesuaian dengan langsir selain turut menegur lampu yang berwarna oren.

Malah katanya, sofa yang diletakkan di ruangan hadapan untuk keselesaan tetamu juga dipertikaikan.

"Sofa ni patut alih ke belakang, nanti tumpah makanan susah mahu cuci," demikian kata-kata wanita itu seperti diceritakan semula Amirul Abraham.

Mana-mana tuan rumah akan dapat tetamu mulut 'puaka' macam tu... sejenis yang tak reti cermin diri.

WARGA MAYA

Menurut Amirul Abraham lagi, wanita itu juga dikatakan terus menegur setiap perkara yang tidak kena pada pandangannya dengan lantang dan kuat.

"Berubah muka kawan aku, suami isteri.

"Tak tahu apa hubungan wanita ni dengan mereka, aku kalau boleh bau-bau bacang pun tak mahu dengan orang macam ni," luahnya lagi.

Ketupat nasi antara juadah yang sering dihidang tuan rumah.

Ketupat nasi dan rendang antara juadah yang sering dihidang tuan rumah.

Disebabkan situasi yang tidak dijangka itu, dia mengakui tidak berselera untuk terus menikmati juadah yang dihidangkan.

Tambahan pula wanita yang bermulut 'lazer' itu sendiri tidak kelihatan terurus.

"Complaint rumah orang macam itu ini, make-up sendiri pun compang-camping tona warna tidak sekata.

"Berdosanya aku jika terus berada di sini," ujarnya yang terus minta diri dengan tuan rumah untuk segera pulang.

Antara reaksi warga maya.

Antara reaksi warga maya.

Perkongsian Amirul Abraham ternyata menarik perhatian warga maya yang rata-ratanya turut berasa geram dan marah dengan sikap tetamu wanita berkenaan.

"Akak pernah kena masa anak-anak kecil dulu. Rumah tak banyak barang tapi basikal dan mainan bersepah atas lantai... dinding penuh mural, kena sound rumah daif.

"Itu biasa... mana-mana tuan rumah akan dapat tetamu mulut 'puaka' macam tu. Sejenis yang tak reti cermin diri.

"Aku orang macam ni memang malas dah nak ajak datang rumah. Kalau dia nak datang pun aku cakap tak ada dekat rumah.

"Paling tak suka orang komen rumah kita... nak komen-komen belakang tak apa, aku tak kisah. Aku yang nak pandang dan duduk hadap 24 jam, takkan nak ikut cita rasa orang pula," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain