suria

Kenal di FB, adik kagum abang dari Kelantan gigih cari ‘GF tanpa alamat’ di Perlis berpandukan sekilas tiang rumah dalam video

Seorang pemuda dari Kelantan mencari rumah kekasihnya di Perlis. (gambar hiasan / Freepik)

KECOH di media sosial mengenai seorang gadis yang berkongsi tentang kegigihan abangnya yang sanggup mengembara beratus kilometer semata-mata mahu mencari rumah kekasihnya.

Berkongsi kisah itu melalui video, dia juga kagum dengan individu lain yang sama seperti abangnya apabila sanggup melakukan apa saja demi cinta.

"Serius aku tak faham orang tua-tua bercinta. Abang aku jauh dari Kelantan, datang cari rumah GF dia tanpa lokasi, tanpa apa-apa.

"Hanya berbekalkan nama kampung dan sedikit video dari dalam rumah, bukan luar rumah tau! Dalam rumah. Dia cam tiang warna apa gitu je," katanya.

Perkongsian seorang gadis di laman sosial.

Hanya mahu dikenali sebagai Mar, katanya, dia memuat naik video tersebut kerana mahu berkongsi tentang betapa hebat pengorbanan abangnya yang sedang dilamun cinta.

Menurut Mar, abangnya yang berusia 38 tahun mengenali teman wanitanya menerusi Facebook sejak dua tahun lalu, namun belum pernah bersemuka.

"Tak pernah jumpa. Hati abang sudah berkenan (suka) pada dia. Ada yang berkenan tu, yang itu la. Lagipun sekarang kan susah cari jodoh.

"Baru pergi cari sebab dia dah dua bulan senyap, telefon tak dapat. Cuma rancang nak kahwin kan, kena pergi cari rumah dulu.

"Dulu kekasih dia hantar video tunjuk jalan depan rumah. Kan kita boleh nampak warna tiang dengan persekitaran rumah tu macam mana. Dari situ abang saya boleh cari," katanya yang tidak mengetahui sebab abangnya bersama kekasih 'terputus hubungan'.

ARTIKEL BERKAITAN: Istanbul Aku Datang! Berbelas kali pergi Turkiye, jumpa jodoh jejaka asing... wang kertas RM5 jadi permulaan bibit cinta

ARTIKEL BERKAITAN: Sembilan tahun kenal satu hadiah pun tak bagi, jejaka ini tunjuk effort tempah 'bunga pertama' untuk bakal isteri sebulan sebelum nikah

Mar yang berusia 29 tahun menegaskan bahawa kekasih abangnya itu sememangnya wujud kerana kedua-dua mereka sering berhubung sebelum ini.

"Mereka selalu buat video call. Dia bukan scam, cuma tak tahu dia pergi mana masa tu.

"Sunyi sepi tak ada khabar sebab itu abang pergi cari," ujarnya lagi, namun enggan mendedahkan butiran secara terperinci atas faktor keselamatan.

Kalau perempuan tu betul-betul suka pasti dia bagi lokasi yang betul. Sabar ye, kalau jodoh ada tak ke mana, pasti jumpa.

NETIZEN

Menurut Mar, dia dan abangnya melakukan pencarian selama beberapa jam sebaik tiba di Perlis sebelum menemui rumah berkenaan.

"Dalam dua hingga tiga jam. Nasib baik jumpa, rumah tu betul. Tapi girlfriend dia tak ada.

"Rumah tu kosong. Cuma diberitahu rumah tu dah kosong sejak dua bulan," katanya sambil menambah kekasih abangnya itu berkemungkinan berpindah ke lokasi lain.

Antara komen netizen.

Mengulas lanjut, Mar yang menemani abangnya dari Kelantan ke Perlis terpaksa pulang hampa kerana tidak bertemu dengan kekasih.

"Balik kosong begitu je la. Apa boleh buat?" katanya mengakhiri perbualan.

Video yang dimuat naik Mar menerusi akaun TikTok maddybrags_ meraih lebih 670,000 tontonan dan rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa abangnya.

"Hati kalau dah sayang, seketul batu depan rumah pun boleh jadi rujukan. Walaupun batu tu kecil je.

"Kasihannya. Kalau perempuan tu betul-betul suka pasti dia bagi lokasi yang betul. Sabar ye, kalau jodoh ada tak ke mana, pasti jumpa," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain