KETIKA cuaca panas melanda negara, orang ramai dinasihatkan agak elak melakukan sebarang aktiviti di luar rumah dan memilih untuk berada di tempat tertutup yang berhawa dingin atau memasang kipas. Lebih-lebih lagi sudah ada beberapa kes melibatkan strok haba, sehingga mengakibatkan kematian. Namun, masih ada segelintir individu yang tidak mengambil iktibar atas apa yang berlaku. Posting yang tular di Facebook. Dalam satu perkongsian oleh seorang pelayar Facebook, dia meluahkan rasa kesal dengan sikap sepasang suami isteri yang tergamak meninggalkan anak kecil mereka di dalam kereta ketika cuaca panas. Lebih mengundang rasa geram, ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut difahamkan menghadiri jemputan rumah terbuka. Dakwa individu tersebut, kejadian berlaku dekat Taman Kajang Impian, Selangor baru-baru ini di mana dia hanya menyedari kehadiran dua kanak-kanak di dalam sebuah kereta apabila terdengar bunyi tangisan. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu panik! Tinggal sekejap je dalam kereta, anak kecil dah terlepas dalam longkang demi ‘nak cari pahala’ - “Nakal-nakal mereka, ada juga sifat baik” ARTIKEL BERKAITAN: Duduk di kampung kena kreatif, bapa sembur air sejukkan atap zink... Guna kaedah siram kebun sayur - “Nak pasang aircond mahal” "Anak-anak ditinggalkan di dalam kereta berkunci untuk beraya ke rumah terbuka. "Enjin kereta dimatikan, hanya tingkap dibuka sedikit. Terdengar tangisan budak dari dalam kereta. Anak kembar dalam keadaan takut dan menangis. "Sempat berikan air kotak untuk tenangkan mereka dan tunggu lebih kurang 30 minit untuk parents kembali," kongsinya. Kongsinya lagi, apa yang membuatkan dia lebih terkejut, bukan hanya ibu dan bapa kanak-kanak tersebut yang pergi ke rumah terbuka, malah turut kelihatan datuk dan neneknya. "Eh... parents dengan atuk nenek sekali laaa pi (pergi) beraya. Cucu dalam kereta eh? Apa guna kereta mahal-mahal tapi tak ada otak nak hantar anak pergi pengasuh? NETIZEN "Dapat laa angkat tangan sambil sengih-sengih kerang manja daripada parents. Mak dia, buat bodoh je, muka tak bersalah.. "Kalau dulu macam tak percaya ini boleh berlaku, sekarang depan mata. Raya tu raya juga, tapi anak-anak tu amanah kita. Kira bagus aku tak report polis," kongsinya lagi. Daripada gambar yang dimuat naik, dianggarkan kanak-kanak berkenaan berusia sekitar enam hingga lapan tahun. Hantaran tersebut mengundang reaksi warga maya yang rata-ratanya meluahkan rasa geram dan marah dengan sikap sambil lewa pasangan suami isteri berkenaan. "Tolonglah, kalau jumpa mak bapa macam ni, heret pergi balai terus. Kalau dekat luar pun buat anak macam ni, dekat rumah agak-agak macam manalah keadaan budak-budak tu? Ini adalah kes pengabaian kanak-kanak, jangan lepaskan ibu bapa macam ni. Bagi pengajaran. Antara komen netizen yang meluahkan rasa marah dengan pasangan suami isteri berkenaan. "Bodohnya parents pun. Dah la rezeki dapat twins, beragak la tinggal mereka dalam kereta walaupun tengah tidur masa sampai tu, kejut aje bangun, bukan tinggalkan. Kalau meninggal sebab strok haba, tak ke naya parents juga kena soal siasat dengan polis nanti. "Kalau aku nampak ni, aku akan call police terus. Biarkan mak bapa yang bodoh macam ni naik turun court. "Apa guna kereta mahal-mahal tapi tak ada otak nak hantar anak pergi pengasuh?" demikian komen netizen. Sementara itu, ada dalam kalangan netizen yang turut membuat pautan (tagged) kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggesa agar tindakan yang tegas dikenakan kepada pasangan suami isteri berkenaan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube