suria

Elok lepas cium dahi, suami tegur isteri cukur kening! Mula-mula tak mengaku tapi kantoi buat kerja tak ‘clean’ dalam tandas

Fyka terkejut apabila suaminya sedar tentang perbuatannya mencukur kening.

PERANAN sebagai suami bukanlah satu tugas yang mudah.

Selain menjaga kebajikan isteri, membimbing mereka ke jalan yang lebih baik juga merupakan satu hal yang perlu dititikberatkan oleh suami.

Begitulah yang dilakukan suami kepada Nurul Syafiqah, 28, apabila menegur tentang perbuatan mencukur kening.

Menurut Nurul Syafiqah yang mesra disapa Fyka, suaminya, Mohd Shamsudin, 33, ini menyedari tindakan itu apabila dia terlupa untuk membuang sisa bulu kening di dalam sinki rumah baharu mereka.

“Kami baru berpindah ke rumah baharu setelah lima tahun berkahwin. Saya teruja nak rakam momen minta maaf ketika bersalam dan beraya dengan suami.

“Masa salam tu dia tegur fasal kening saya. Itu yang kantoi sampai saya tak sengaja tipu cakap tak cabut. Rupanya suami dapat tahu! Katanya ada ‘bukti’ dekat sinki.

ARTIKEL BERKAITAN: Hasrat siswa ini nak kongsi transformasi kulit wajah, tapi kening dapat perhatian - “Bukan nak jadi second MK K-Clique”

ARTIKEL BERKAITAN: Anak lari ketakutan dari bilik air sebab kening botak sebelah, ibu tak tahu nak gelak atau marah - “Dia asyik menangis, nak pergi sekolah tapi malu”

“Selama ni memang saya ada cabut kening tapi suami tak perasan rasanya. Agaknya dah kelam kabut sangat sampai terlupa nak hapuskan bukti tu,” ujarnya ketika dihubungi mStar.

Terdahulu Fyka mencuri tumpuan pengguna TikTok susulan cara suaminya menegur dengan penuh sopan dan bersahaja tentang hukum mencukur kening.

"Tuhan saya tak tanggung (dosa)," kata Shamsudin dalam nada lucu namun bermakna menerusi video yang dikongsikan hingga meraih lebih 4.1 juta tontonan pada ketika ini.

Pasangan ini sudah berumah tangga sejak lima tahun lalu.

Bercerita lanjut, Fyka yang merupakan kerani di sebuah sekolah yang terletak di Singapura berkata, dia rasa bersalah dan malu dengan perbuatannya itu selepas ditegur suami.

Malah, Fyka akui dia agak takut apabila ditegur walaupun sedar dosa perbuatannya itu sememangnya ditanggung diri sendiri.

“Niat saya post video tu sebagai pengajaran untuk saya tapi tak sangka viral pula. Memanglah tiada siapa tanggung dosa orang lain di dunia ni tapi suami dikira berdosa sekiranya biarkan isteri meneruskan berbuat dosa.

Cara teguran macam suami buat ni lebih baik sebab tak menekan isteri untuk berubah.

NURUL SHAFIQAH

“Lepas dia tegur memang bukan dosa dia dah. Saya baru sedar rupanya dia perhatikan dalam diam.

“Apa yang paling saya tak sangka dia sempat beraya dan cium dahi dulu. Lepas tu selamba begitu bersahaja dia tegur,” katanya lagi.

Tegas Fyka, dia tidak terguris malah menerima teguran suami dengan hati terbuka.

Malah difahamkan Shamsudin juga pernah menegur mengenai cara pemakaian isterinya agar lebih sopan.

Fyka menerima teguran suami dengan hati terbuka.

“Pada pandangan saya, cara teguran macam suami buat ni lebih baik sebab tak menekan isteri untuk berubah. Saya pun perlahan-lahan cuba perbaiki diri sendiri.

“Suami saya bukanlah seorang yang soft-spoken sangat. Dia macam Amirul suami selebriti Ain Edruce sikit. Macam malas nak layan saya dan tough love sikit. Jadi apabila dia tegur macam ni rasa sweet pula.

“Tapi antara teguran paling saya ingat sampai sekarang ialah fasal pakaian saya. Cuma dia tak paksa. Dia suruh saya perlahan-lahan berubah. Mungkin dia faham tentang hukum hakam ni sebab selalu dengar ceramah ustaz Syamsul Debat,” katanya lagi.

Untuk peringatan bersama, perbuatan mencukur bulu kening adalah haram.

Ia dijelaskan secara panjang lebar di laman web e-Sumber Maklumat Fatwa (e-SMAF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain