suria

Luar biasa kreatif orang Felda Lui! 6 buah kipas siling tergantung tengah rumah elak panas... Netizen cuak takut bumbung terbang

Kelihatan ruang kediaman mereka dipasang enam buah kipas siling.

RESAM manusia, kita akan menjadi lebih kreatif apabila berada dalam situasi terdesak atau tertekan.

Begitu juga keadaannya ketika ini apabila negara dilanda cuaca panas melampau hingga lahirnya pelbagai idea atau inovasi bagi menangani masalah suhu tinggi.

Terbaharu, seorang lelaki berkongsi video di TikTok menunjukkan keadaan ruang di dalam rumahnya yang dipasang enam buah kipas siling.

Bahagian bumbung yang ditutup menggunakan kanvas.

Menerusi video ringkas yang hingga kini ditonton lebih 700,000 pelayar TikTok itu, kelihatan kipas-kipas tersebut dipasang dengan jarak dekat bertujuan untuk menyejukkan ruang berkenaan.

Menurut pemilik akaun papabulus33 di TikTok, semua kipas berkenaan dipasang bapanya yang merupakan seorang juruelektrik (wiring man).

"Apabila bapa kau buat wiring. Ketika cuaca panas, kau tengok berapa banyak dia pasang kipas.

ARTIKEL BERKAITAN: Cuaca panas ‘lit lit’, hati-hati orang beraya di utara dan Pantai Timur! Suhu boleh cecah 37 darjah Celsius

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sia-sia ‘oppa’ UiTM berjemur tengah panas, tugasan bunyi hon catat rekod tinggi! Ada juga sanggup henti kereta nak bertegur

"Sabar jelah dengan bapa aku ni," ujarnya sambil mengira jumlah kipas yang dipasang.

Pada video sama dia juga menyatakan yang bapanya mahu menambah sebuah lagi kipas di ruang sama.

Selain kipas, si bapa juga memasang plastik kanvas berwarna biru yang berfungsi untuk mengurangkan suhu panas daripada atap rumah di kediaman mereka di Felda Lui Selatan, Jempol, Negeri Sembilan.

Sepatutnya pasang ventilation fan, bagi ada angin keluar masuk.

NETIZEN

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya meninggalkan komen lucu.

"Jangan lupa ikat bumbung. Takut bangun tidur terang je.

"Hati-hati pasang full speed. Risau atap terbang.

"Nanti rumah terbang siapa nak tangkap. Aku risau terbang bumbung rumah ni," komen netizen di TikTok.

Komen netizen di TikTok.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang mempersoalkan keberkesanan kaedah berkenaan.

"Sebenarnya kipas ini pusing angin yang sama saja dalam rumah.

"Sepatutnya pasang ventilation fan. Bagi ada angin keluar masuk," ujarnya.

Namun kebimbangan individu itu terjawab apabila pemilik akaun berkenaan memberitahu dua unit kipas pengudaraan juga sudah dipasang di bahagian dapur rumah mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain