APABILA melihat video-video yang dikongsikan TikToker ini pasti membuatkan kita mengimbau kenangan sewaktu belajar di kampus. Bukan hanya memiliki wajah yang cantik, vlog (video blog) menunjukkan rutin hariannya sebagai mahasiswi membuatkan gadis ini semakin popular di media sosial. Bercerita kepada mStar, Hany Maisarah berkata dia sedang mengikuti pengajian Ijazah Reka Bentuk Grafik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Dari zaman sekolah lagi saya memang suka buat vlog untuk kenangan diri sendiri. "Sejak April 2022, saya dah boleh pulang ke kampus jadi masa tu saya bergiat katif buat vlog. Mungkin orang suka tengok vlog saya pergi kelas sebab mengingatkan semula zaman study mereka. "Saya sangat gembira sebab tak sangka ramai pula cakap nak sambung belajar semula bila tengok vlog saya buat setiap hari. Banyak yang cakap zaman belajarlah banyak benda seronok berlaku dan boleh kumpul banyak kenangan manis. ARTIKEL BERKAITAN: Hidup sihat selama 21 tahun, tiba-tiba didiagnos hidap kanser paru-paru stage 3! Siswa UiTM rasa terduduk, dunia jadi gelap ARTIKEL BERKAITAN: Pernah jual bubur tepi tangga kampus, pelajar IPT ‘otak bisnes’ puas hati dapat beli kereta idaman hasil berniaga air dengan kekasih Menariknya mengenai penampilan gadis berusia 20 tahun ini, hampir setiap hari ramai akan memuji dan bertanya kepadanya mengenai pakaian yang dipakai. Dia yang berasal dari Shah Alam, Selangor, berkata kehidupannya juga mula berubah sejak aktif membuat kandungan (content) berkaitan kehidupan di kampus sehingga menjadi ikutan serta inspirasi pelajar pelbagai peringkat umur. "Dulu saya ingat buat content dekat TikTok tu seronok-seronok je tapi rezeki meluas pula lepas semakin banyak founder minta saya reviu produk. Sekarang saya dah banyak boleh guna duit belanja hasil usaha sendiri. Masa pengajian diploma dulu saya boleh bayar sewa bilik setiap semester dan yuran pengajian. Hany sedang mengambil Ijazah Reka Bentuk Grafik di UiTM, Shah Alam. "Biasanya ramai yang minta nak tengok saya buat tutorial cara pakai tudung yang selalu saya gayakan. Mereka cakap nampak kemas dan selesa. Saya memang akan bersiap setiap hari untuk ke kelas yang bermula 8.30 pagi. Saya ambil masa sejam sehingga 40 minit untuk bersiap. "Berbeza juga kehidupan saya sekarang walaupun kerja tu saya buat part-time saja. Tapi semua tu tak tak mengganggu study pun. Kadang-kadang ada juga rasa macam terganggu sebab banyak assignment atau kerja kena selesaikan dalam satu masa, tapi saya jenis sabar," katanya lagi. Disebabkan dirinya kini menjadi ikutan golongan generasi muda, Hany memutuskan untuk meneruskan aktivitinya dengan memberi inspirasi kepada orang ramai melalui videonya. Saya memang suka dan puas hati sangat thrift (berjimat cermat) shopping dengan membeli baju bundle. Tak penting pun bagi saya beli baju mahal-mahal sebab membazir. HANY MAISARAH Selain video memperagakan pakaian sopan dan mudah (simple) ke kuliah, Hany juga rajin berkongsi cara untuk berjimat ketika berbelanja sebagai pelajar universiti. Baru-baru ini, Hany berkongsi vlog dirinya berbelanja di sebuah gedung pakaian terpakai (bundle) dengan hanya menggunakan RM15 untuk membeli beberapa pasang pakaian yang kemudiannya dipakai dengan begitu bergaya. Video tersebut mendapat perhatian di TikTok dengan ramai memuji dirinya yang bersahaja menggayakan pakaian berharga murah itu. Hany banyak memberi inspirasi kepada orang ramai dengan fesyennya ke kampus. "Saya memang suka dan puas hati dapat berjimat dengan membeli baju bundle. Tak penting pun beli baju mahal-mahal sebab membazir. Dari zaman sekolah pun saya suka beli baju bundle. Boleh dikatakan 90 peratus baju dalam almari tu semua pakaian bundle. "Untuk semua yang suka tengok content saya tu, saya terharu sangat sampai ada yang nak sambung belajar semula. Kalau minat tu dah ada, teruskan... cari jurusan anda suka. "Kadang persekitaran buat kita rasa tertekan tapi semua tu yang mengajar kita lebih kuat. Semua kenangan tu akan dirindui suatu hari nanti," ujarnya menutupi kisah kehidupan kampusnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube