DI mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Walaupun hanya membuka warung kecil di dalam kampung, gadis ini sama sekali tidak menyangka percaturan beraninya membuahkan hasil. Baru beroperasi selama empat hari, gerai minuman yang diberi nama 'Warung Tepi Rumah' mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai selepas video yang dimuat naik di TikTok menjadi tular. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Berkongsi cerita dengan mStar, Qurratu'aini Rosli berkata, ilham untuk membuka warung tersebut tercetus selepas beberapa kali dia menyertai ekspo dengan menjual minuman. "Sebelum ini saya jual air kopi dan dessert di merata ekspo. Ketika itu hanya untuk cari pendapatan sampingan saja untuk tampung kos pengajian. Semua saya buat sendiri. "Saya banyak belajar dari YouTube, Google dan bertanya kepada kenalan yang menjual minuman berkaitan sukatan. ARTIKEL BERKAITAN: Baru buka tak sampai seminggu, gerai kek di laman rumah asyik kena serbu... laksa air tangan ibu pun padu! ARTIKEL BERKAITAN: Setahun jadi barista, lelaki berjaya kumpul duit buka kafe sendiri! Lokasi tersorok ‘no hal’, janji dapat jual kopi "Jadi selepas tamat pengajian dan lengkapkan latihan industri (intern) pada Mac lalu, saya tergerak untuk berniaga sendiri. Untung yang saya dapat semasa berniaga ekspo dulu digunakan sebagai modal," cerita gadis berusia 22 tahun ini. Senang disapa sebagai Betty, bakal graduan Diploma Pengurusan Pelancongan daripada Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin ini menambah, dia mengendalikan warung yang terletak berhampiran rumah keluarganya di Kampung Chengkenik, Temerloh, seorang diri. Betty mengendalikan warung kecilnya hasil pengalaman menjual minuman di ekspo sebelum ini. "Tapi adik beradik dan keluarga banyak membantu. Adik-adik tolong tebas semak untuk buat tapak gerai, beli ais batu... abang pula bertukang buat meja. "Memandangkan saya hanya seorang diri, buat masa ini saya jual minuman saja. InsyaAllah masa akan datang, saya rancang nak letak dessert (pencuci mulut) juga. "Ketika ini Warung Tepi Rumah jual ice blended dan sparkling. Ada lapan jenis minuman ice blended dan tiga jenis minuman sparkling. "Harga bermula dari RM3 hingga RM5. Harga kampung tapi rasa premium," ujar anak kelapan daripada 11 adik beradik ini lagi. Dekat komen ramai beritahu nak singgah dan ada juga pertama kali dengar nama Kampung Chengkenik. BETTY Betty menambah, dia membuat video dan memuat naik kandungan di TikTok untuk menguar-uarkan warungnya di media sosial, namun sama sekali tidak menyangka ia membawa tuah. "Selepas video tersebut viral, ramai yang lalu tepi jalan singgah sebab warung ini terletak di tepi jalan besar Temerloh-Jerantut. Mereka tahu warung ni daripada TikTok. Orang kampung dan kawan-kawan pun tak ketinggalan support. "Dekat komen ramai beritahu nak singgah dan ada juga pertama kali dengar nama Kampung Chengkenik. Secara tak langsung, dapat juga saya perkenalkan kampung ini kepada orang luar. Antara pelanggan yang singgah di warungnya selepas video yang dikongsikan tular di TikTok. "Saya baru buka warung Sabtu lepas. Alhamdulillah, saya anggap ini rezeki. Bila baca komen positif, bagi feedback air sedap dan sebagainya, saya lagi semangat. "Saya harap Warung Tepi Rumah boleh pergi jauh sebab saya serius dalam bidang ni, bukan saja-saja nak isi lapang. Impian saya, selain memiliki sebuah kafe, saya nak bantu keluarga juga," ujarnya lagi. Sehingga kini, video yang dimuat naik oleh Betty di TikTok meraih lebih 117,000 jumlah tontonan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube