suria

Kembang tekak! Lalat besar dibiar ‘bertenggek’ pada daging rebus, peniaga tak ambil kisah... naya siapa yang order

Sekumpulan lalat menghurung daging rebus di sebuah kedai makan.

PASTI anda dapat membayangkan nikmat dan kelazatan kuah sup daging yang dihidang panas-panas.

Tapi selera anda mungkin terbantut apabila menyaksikan video yang kini tular di media sosial.

Manakan tidak, video tersebut menunjukkan daging rebus di tempat menyimpan makanan di sebuah restoran dihurung lalat bersaiz besar.

Keadaan itu disebabkan peniaga membiarkan saja daging dan bahan lain untuk ditabur dalam hidangan sup dalam keadaan terdedah tanpa pengawasan.

Lebih menjijikkan apabila beberapa ekor lalat dilihat berterbangan seperti 'bermaharajalela' di ruang tersebut.

Beberapa bahan makanan dibiarkan terdedah tanpa pengawasan.

Pengguna TikTok yang memuat naik video mendakwa, kedai berkenaan terletak di Kelantan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan syok makan nasi berlauk, terkesima tengok tikus ratah ayam goreng di restoran... Awas, KKM akan ambil tindakan!

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan jumpa siput perosak dalam kailan ikan masin... Rupanya ramai ‘complaint’, siap dapat singgang bau kain buruk

"Tolong la jaga kebersihan sikit. Ya Allah, sumpah geli nak mati, macam mana la meniaga makanan apa semua tak tutup macam ni.

"Selamba je staf dia buat tak tahu. Naya orang siapa yang order makan sup ni," tulisnya menerusi keterangan video.

Banyak macam tu memang dah terbiar lama.

NETIZEN

Video berdurasi sembilan saat itu turut memaparkan premis tersebut lengang tanpa pekerja yang bertindak untuk menghalau serangga perosak itu.

Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat video yang dikongsikan kerana peniaga tidak mengamalkan kebersihan makanan.

Antara komen netizen.

"Banyak macam tu memang dah terbiar lama. Pasti dah bertelur lalat tu.

"Jenis fikir untung je ni. Pelanggan lantaklah makan langau pun.

"Kotornya, boleh sakit perut.

"Kalau tengok keadaan kedai bersih, cuma itulah tu patut tambah perangkap serangga," demikian antara komen netizen.

Hasil semakan mendapati video tersebut telah dipadamkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain