suria

Kecoh tauke restoran mengaku letak ‘bahan istimewa’ dalam makanan influencer, tunggu KKM serbu! - "Dah terciduk, cakap marketing”

Sebuah restoran mengakui meletakkan 'bahan istimewa' dalam makanan dihidangkan kepada influencer. -Gambar hiasan

KECOH di media sosial apabila sebuah restoran makanan barat mendapat perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas satu ciapan di Twitter mengenai premis itu menjadi viral.

Dalam hantaran yang tular, pelayar @Cikgu_Anep berkongsi tangkapan skrin posting dimuat naik oleh restoran terbabit di laman Facebook mereka sehingga mencetus kemarahan orang ramai.

Menurut pengusaha kedai itu, dia mengakui telah meletakkan bahan istimewa (special ingredients) dalam makanan yang dihidangkan kepada seorang pengulas makanan (food reviewer).

Ciapan asal yang tular.

Katanya lagi, hanya individu yang bekerja dalam sektor perhotelan memahami maksud 'special ingredient'.

"Bilalah influencer (pempengaruh) ni nak datang kedai T*m. Yang sorang dah check-mate kena special ingredients dalam makanan.

"Hanya budak hotel je tahu apa T*m maksudkan special ingredient," ujar pemilik restoran tersebut.

Komen seorang netizen mengenai isu special ingredients.

Berdasarkan komen netizen, special ingredients yang dimaksudkan adalah bahan yang kotor dan menjijikkan seperti ludah, air liur berkahak, tahi hidung, kuku kaki dan tahi telinga.

Ia didakwa menjadi amalan biasa dilakukan pihak restoran terhadap mereka yang mengadu tentang makanan atau membuat kekecohan dan golongan ini digelar 'pelanggan istimewa' .

KKM dalam kenyataannya di Twitter pada Khamis berkata, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya dakwaan itu benar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tempat viral paling tak best dalam sejarah keluarga” - Famous tapi kotor teruk, staf sombong! Gerai roti canai saranan ‘Google’ tak layak dapat walau 1 bintang

ARTIKEL BERKAITAN: Kembang tekak! Pelanggan jumpa siput perosak dalam kailan ikan masin... Rupanya ramai ‘complaint’, siap dapat singgang bau kain buruk

Beberapa jam selepas KKM mengeluarkan kenyataan tersebut, Garden Western Grill mengeluarkan satu posting di Facebooknya memaklumkan bahawa maksud kenyataan 'meletakkan special ingredient’ dalam hidangan pelanggannya adalah untuk tujuan 'marketing' (pemasaran) semata-mata.

"Sebenarnya saya tak kisah kalau anda reviu makanan saya baik atau buruk. Sebab saya sudah lama berniaga. Saya memang dah ada pelanggan tetap. Kalau ada reviu pun tak ada hal sebab kami sudah ada jualan yang berterusan.

“Ini semua hanyalah sekadar strategi marketing yang mana saya tahu ianya akan ‘boom’ (viral). Jangan risau la, makanan kami semuanya selamat untuk dimakan. Ini semua hanyalah prank (gurauan).

Seumur hidup aku, tak pernah tengok orang gali kubur sendiri.

NETIZEN

Anyway sorry for all this drama, satu Malaysia kena tipu dengan Tom,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, Khamis.

Hantaran itu mengundang kemarahan netizen di Facebook yang kurang senang dengan tindakan pemilik kedai tersebut.

Malah, warga maya turut mengkritik makanan yang dijual.

"Seumur hidup aku, tak pernah tengok orang gali kubur sendiri.

Komen netizen di Facebook.

"Naya kau bang. Rakyat Malaysia punya pembenci dan pengkritik adalah nombor 1 dalam dunia. Semoga berjaya KKM datang buat serbuan nanti.

"Dah terciduk, cakap marketing. Fighter la sangat.

"Terpaling teringin nak pergi kedai ni sejak viral dulu tapi tak berkesempatan. Tapi sejak dia mention fasal special ingredient terus terbayang sebab pernah kerja F&B. Jadi sangat terbiasa dengan bahan istimewa tu," demikian antara komen netizen.

Semakan mStar mendapati hantarannya sebelum ini yang menyindir netizen yang mengkritiknya juga telah dipadam, namun dimuat naik semula oleh pengguna media sosial lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain