suria

Wanita nampak suami sendiri dipukau, cuba curi duit kedai... Cepat-cepat baca ayat Kursi, terus dukung bayi minta bantuan

Kelibat pasangan warga asing yang didakwa melakukan perbuatan jenayah di kedai Yaya.

PELBAGAI cara dan taktik digunakan penjenayah bagi mendapatkan wang untuk kesenangan diri.

Terbaharu seorang wanita yang juga pemilik sebuah kedai mendakwa hampir menjadi mangsa pukau pasangan warga asing.

Menceritakan kembali pengalaman menakutkan itu, Yaya Azlan berkata kedua-dua individu itu menggunakan taktik dengan membuat pembelian menggunakan matawang Singapura.

yaya1

Rakaman CCTV menunjukkan Yaya membawa anaknya untuk mendapatkan bantuan daripada pekerja J&T di kedai sebelah.

“Cerita seram saya harini. Sumpah takut. Baru buka kedai. Datang dua orang foreigners lelaki dan perempuan kononnya nak membeli.

“Dia cari yang paling murah... dekat kedai air susu legend RM3 paling murah. Suami yang uruskan. Tiba-tiba yang lelaki keluarkan duit Singapura kemudian tanya currency sini berapa.

“Lepas tu dia nak tengok duit RM100. Aku ni tengah pegang Alisa (anak). Tiba-tiba suami aku pergi dekat kaunter ya dengan lelaki dan perempuan tu. Dia ambil duit RM100 tunjuk dekat orang tu ye,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nyaris dipukau 'perempuan batu merah' semasa nak ke ATM... gadis serik tak kunci kereta, takut jalan sendirian - “Lepas baca-baca terus aunty tu bagi beg duit”

ARTIKEL BERKAITAN: Tiba-tiba mengantuk luar biasa anda mungkin dipukau... 5 gadis trauma barang berharga lesap, kain kuning berasap

Kata Yaya lagi, situasi itu membuatkan dia mula tidak sedap hati dan dia mula membacata ayat Kursi sebagai pendinding daripada sebarang kejahatan.

"Husband aku nampak macam blur gila. Macam tak tahu apa... dia boleh bagi lelaki tu pegang duit RM100. Aku ambil daripada dia.

"Yang perempuan tu konon nak main dengan Alisa (bayi tiga bulan) dan hulur tangan nak ambil Alisa daripada aku. Lepas tu yang lelaki tu tak habis-habis nak tengok duit RM50 dan RM20.

Husband aku nampak macam blur, macam tak tahu apa... dia boleh bagi lelaki tu pegang duit RM100.

YAYA AZLAN

"Siap buka handbag aku. Husband aku biar je. Aku memang tak pandang mata mereka. Aku tolak tangan lelaki tu, aku tutup handbag aku," cerita wanita itu lagi.

Enggan situasi itu berlarutan, Yaya kemudiannya bergegas ke kedai sebelah bagi mendapatkan pertolongan.

“Aku lari pergi kedai J&T sebelah bawa lari Alisa dan panggil mereka tolong. Budak tu tolong, nasib baik. Yang perempuan tu tak senang duduk dah. Pergi ke hulu ke hilir ke depan. Lepas pekerja J&T tu masuk kedai dengan aku. Mereka berdua dah gelabah sebab tengok ada orang lain.

yaya2

Pekerja J&T dilihat segera keluar untuk membantu Yaya.

“Terus dia bayar RM5, suami aku bagi baki RM2. Dia kena pukau tak sedar orang tu cuba nak ambil duit kedai sekali duit dalam handbag aku. Masalahnya dia buka handbag aku!

"Apabila aku tepis siap dia cakap do not worry... do not worry,” ujar Yaya mengimbas kembali kejadian itu.

Yaya berkongsi pengalaman berkenaan di grup Facebook Warga Kuantan Official bagi tujuan memberi peringatan kepada orang ramai.

Dakwa Yaya lagi, pasangan itu dipercayai giat melakukan aktiviti jenayah seperi itu di Kedah, Johor dan Terengganu.

Yaya bagaimanapun tidak berkongsi sama ada dia membuat laporan polis mengenai kejadian itu ataupun tidak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain