suria

Hasrat minah salih ‘berselera unik’ tercapai... sambal udang dah biasa sangat, kini lebih berani makan piza dan aiskrim petai

Aga mencuba aiskrim dan piza berperisa petai.

SIAPA sangka hasrat seorang wanita warga asing untuk melihat lebih banyak petai dimasukkan dalam hidangan Malaysia akhirnya tercapai.

Jika sebelum ini wanita yang dikenali sebagai Aga itu menikmati sambal udang, ikan bilis dan nasi goreng kampung dengan petai, terbaharu dia dapat makan bermacam hidangan yang diletakkan ulam tersebut.

"Dalam video sebelum ini saya mahu melihat lebih banyak petai dalam hidangan Malaysia dan impian saya menjadi kenyataan," katanya menerusi satu perkongsian video.

Menurut Aga, dia menemui sebuah restoran yang menyajikan petai dalam hidangan yang paling tidak dijangka seperti karipap, piza, sandwic, pau dan ais krim.

Aga menyukai makan petai begitu saja.

Menerusi video berdurasi kira-kira dua minit itu, wanita berkenaan dilihat mencuba beberapa menu yang jarang-jarang disajikan menggunakan petai sebagai ramuannya.

Malah, dia turut memberikan pandangan selepas mencubanya, dan baginya kombinasi yang paling pelik adalah aiskrim petai.

"Bau petai yang 'menyengat', ia merupakan aiskrim yang manis. Tapi ia mempunyai kepingan kecil petai yang boleh dikunyah dan meninggalkan rasa petai yang sangat kuat.

"Mungkin bukan citarasa untuk semua orang, tapi pastinya sangat menarik. Jadi, apa hidangan petai paling pelik yang anda pernah cuba," katanya.

Aga mencuba karipap petai.

Terdahulu, dalam satu video, Aga memaklumkan sejak dia berpindah ke Malaysia, ramai yang bercakap mengenai 'petai berbau'.

ARTIKEL BERKAITAN: Lain macam selera minah salih! Ketagihan... mahu lebih banyak petai dalam hidangan Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut rakyat Malaysia main bola jam 1.30 pagi, Minah Salih disaran keluar lewat malam tinjau KL... lepak mamak, 'layan' nasi lemak

"Petai mempunyai rasa yang unik, ia mengingatkan saya kepada kobis tumis bawang putih, kacang bulu (edamame), yang membuatkan saya ketagih dan nak lagi," katanya.

Di ruangan komen, netizen berbangga dengan misi Aga yang mahu merasai lebih banyak hidangan berasaskan petai di Malaysia.

Lebih menarik apabila video Aga di akaun @agaeatskl turut menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyukai petai meskipun ramai yang menganggapnya sebagai makanan berbau.

Antara komen netizen.

Malah, ada yang menggelarkannya sebagai 'Ratu Petai'.

"Aku ingat aku seorang je pelik. Makan petai dengan mi segera, makan petai dengan roti. Makan dengan ketupat, rupanya ada geng.

Mungkin bukan citarasa untuk semua orang, tapi pastinya sangat menarik.

AGA

"Selepas tengok video awak yang sebelum ini, saya terus pergi ke kedai beli petai dan masak sambal petai. Tentunya sedap.

"Awak pastinya 'menang' kerana saya rakyat Malaysia tak berpeluang cuba makanan berasaskan petai. Tahniah atas pencapaian anda," demikian antara komen netizen.

Antara khasiat petai. sumber KKM

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), petai atau nama saintifiknya parkia speciosa, mempunyai kandungan tinggi vitamin C yang membantu meningkatkan imun badan dan antioksida, tinggi kalium yang mengawal keseimbangan air badan dan fungsi jantung.

Selain itu, petai juga mempunyai kalsium yang baik untuk pembentukan tulang dan gigi serta vitamin A bagus untuk penjagaan mata, jantung dan kulit.

'"Walaupun bau petai membuatkan sesetengah individu kurang selesa, namun tiada siapa dapat menafikan khasiat petai.

"Jika anda kurang selesa selepas makan petai, minum kopi tanpa gula dapat membantu mengurangkan bau petai," menurut KKM di Facebook.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain