suria

Kasihan pengantin baharu menangis penat jaga suami, pikul tugas isteri! Biasa bangun 11 pagi ibu dah buat semua

Chami mengadu kepenatan menguruskan suami setelah seminggu berkahwin.

PERKAHWINAN bukan hanya mengenai kebahagiaan dan kemanisan berumahtangga semata-mata sebaliknya terselit juga kepahitan.

Tanggungjawab yang perlu dipikul juga besar, tidak kiralah untuk mereka yang bergelar suami atau isteri.

Bagi wanita khususnya, keletihan melampau (burn out) menguruskan rumahtangga boleh menyebabkan mereka putus asa untuk terus menjalankan kerja-kerja rumah selain perlu melayan anak dan suami.

Tangkap layar menunjukkan kisah percintaan Chami dan Baihaki di TikTok.

Baru-baru ini tular di media sosial seorang wanita bernama Chami menangis teresak-esak ketika berbaring di katil, meluahkan rasa letih menguruskan suami selepas seminggu melayari bahtera perkahwinan.

Video tersebut dirakam oleh suaminya, Baihaki yang mengajukan soalan dalam keadaan tersenyum sambil mendengar keluhan isterinya sebelum ia dimuat naik ke TikTok dan tular.

Chami berkata, sejak bergelar isteri dia berasa cukup penat menguruskan suami sedangkan sebelum ini kehidupannya diuruskan oleh ibu.

"Penat uruskan orang (suami), biasanya dijaga oleh mama (ibu Chami).

ARTIKEL BERKAITAN: Suami berkira, isteri tak boleh mengadu penat buat kerja rumah sebab dah diberi nafkah - “Boleh ke saya kata letih bayar rumah bulan ni?”

ARTIKEL BERKAITAN: Belum setahun kahwin, suami mahu semua belanja rumah bayar separuh... bila minta nafkah, alasannya dah sediakan keperluan asas

"Jelek (teruk). Bangun pagi-pagi, mengantuk. Biasanya bangun pukul 11 pagi.

"Kalau (waktu) makan, biasanya dah ada atas meja," ujar Chami.

Di penghujung video sama, Chami menyuruh suaminya menyediakan makanan sendiri kerana dia mahu terus berehat.

"Saya nak tidur. Jangan ganggu. Buat makan sendiri," katanya dalam video itu.

Bangun pagi-pagi, mengantuk. Biasanya bangun pukul 11 pagi.

CHAMI

Pasangan muda itu merupakan warga Indonesia tetapi video mereka menjadi tular sehingga ke Malaysia.

Untuk rekod, kisah percintaan mereka bermula apabila masing-masing mula berbalas mesej di Instagram pada Disember 2022.

Akhirnya perkenalan singkat mereka selama lima bulan berakhir dengan perkahwinan apabila Baihaki nekad untuk menikahi Chumi.

Video tersebut meraih lebih 46 juta jumlah tontonan setelah disiarkan, malah ramai dalam kalangan netizen turut bersimpati dengan nasib si isteri.

Antara komen netizen di TikTok.

"Dah nampak masa depan aku macam mana nanti.

"Sabar ya. Mental dan fizikal mahu kuat ya.

"Anak manja ni. Nanti lama-lama okaylah tu. Buat ibu-ibu yang ada anak dara, kerah mereka bangun awal dan biasakan buat kerja rumah," antara komen netizen di TikTok.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain