suria

“Eh, you bawa BMW ke?” - Gadis rider ‘sound’ makcik isu parkir sempit, bergelut tepi jalan... Dakwa dicekik, dihina kerja hantar barang

Gadis ini menunjukkan lokasi dia meletakkan motosikal sebelum tercetusnya pergaduhan.

AKIBAT tiada sikap tolak ansur antara satu sama lain, dua wanita bergaduh hingga melibatkan sentuhan fizikal dalam kejadian di Ampang, Selangor pada Jumaat petang.

Rakaman pertelingkahan antara kedua-dua mereka tular hingga meraih lebih dua juta tontonan di TikTok selepas dikongsikan pemilik akaun @apvle_.

Difahamkan kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati wanita berusia yang terdapat dalam video berkenaan terhadap gadis pemilik video yang juga seorang rider penghantaran.

WhatsApp Image 2023-05-20 at 7.32.06 PM

Gadis ini menceritakan semula tentang insiden berkenaan di TikTok.

Tindakan gadis rider itu meletakkan motosikalnya di atas garisan petak parkir kenderaan di hadapan sebuah kedai sementara menunggu pesanan pelanggan dikatakan menjadi punca pergaduhan.

"Inilah sebabnya orang benci rider penghantaran... sebabkan masalah ni. You tengok tempat ni (sesak). Saya nak parking pun susah. You tengok berapa ramai orang tunggu nak parking.

"Kita duduk kawasan sini, bukan duduk tempat lain tahu tak? Sangat susah nak dapatkan parking di sini!" kata wanita berusia itu dalam nada marah.

Kata-kata wanita itu ternyata mengundang marah gadis berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Berebut ruang parkir, lelaki tak puas hati bertindak lumur najis pada kereta baru jiran

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara dua kali kena hon, lelaki lepaskan tembakan selepas insiden berebut kotak parkir

"Kenapa anda perlu melenting?" katanya.

"Anda jangan cakap banyak dengan saya, okey!" balas si wanita yang kelihatan memakai seluar berwarna hitam dan kemeja-T biru itu.

Situasi berkenaan menjadi semakin tegang selepas gadis yang sempat merakamkan insiden berkenaan meneruskan pertikaman lidah.

"You yang cakap banyak, you say it too loud!" jerit gadis berkenaan.

Susulan itu wanita berusia tersebut dilihat menghampiri si gadis dan mula menolaknya ke belakang.

Dia cekik I dan nak guna sentimen dia orang tua.

GADIS RIDER

Gadis itu kemudian kedengaran sekali lagi cuba mempertahankan tindakannya meletakkan motosikal di ruang parkir kereta.

"Eh, you bawa BMW ke, boleh (muat) je park sini," kata gadis itu.

"Hello! I pakai Kancil pun nothing to do with you okey!" kata wanita itu dalam nada tinggi sambil menolak gadis penghantar makanan tersebut sebelum rakaman berdurasi 54 saat berkenaan berakhir.

Dalam pada itu gadis berkenaan mendakwa wanita itu sebenarnya bertindak mencekiknya dalam insiden pergaduhan tersebut.

gaduh2

Gadis itu kembali ke lokasi kejadian.

"I kena hina, kena cekik hanya kerana makcik ni tak dapat masuk parkir... alasan kerana motor I parked di situ.

"I hilang hormat dengan orang tua. Dia jerit tiga kali sebelum datang dekat I dan buat scene!

"Dia cekik I dan nak guna sentimen dia orang tua. Tidak! Ibu bapa I ajar hormat (orang) tapi dia ni tak layak dapat penghormatan,” tulisnya pada video yang dikongsikan.

Menerusi pemeriksaan di akaun TikTok gadis itu, dia turut berkongsi beberapa video lain bagi memberi penjelasan tentang insiden yang berlaku.

Malah dia juga berkunjung semula ke tempat kejadian bagi menunjukkan lokasi dia meletakkan motosikal iaitu di atas garisan pembagi petak parkir.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain