suria

Pakcik di pejabat mulut celupar, wanita malu ditegur saiz badan masa open house! Siap aksi depa tangan tanda gemuk depan orang

Nadia pernah kurus dengan berat sekitar 48 hingga 50 kilogram.

HATI siapa yang tidak terluka apabila rupa paras dan bentuk badan sering menjadi bahan bualan, lebih-lebih lagi apabila ia disebut di khalayak ramai.

Begitulah yang dirasai Nadia Saad semasa menghadiri jamuan hari raya anjuran tempat kerjanya, baru-baru ini.

Meluahkan perasaan di Facebook, dia mengakui rasa malu untuk berhadapan dengan orang ramai terutama mereka yang lama tidak bertemu.

Mana tidaknya, dia bimbang sekiranya ada yang terkejut selepas melihat perubahan pada diri.

Hantaran asal yang dibuat Nadia di halaman Facebook.

Hantaran asal yang dibuat Nadia di halaman Facebook.

"Sebenarnya kalau setakat cakap 'gemuknya kau Nad' atau 'dah naik badan' atau seumpama dengannya, okay saja.

"Tapi yang pakcik tadi, masuk-masuk pintu dia nampak aku... 'naik betul badan ya'," ujarnya yang hanya mampu membalas dengan senyuman selepas ditegur begitu.

Tidak terhenti di situ saja, individu tersebut sekali lagi memanggilnya dan bertanyakan sama ada terdapat pertandingan baju tercantik atau tidak.

Selepas dijawab, dia sekali lagi menyatakan akan memilih seorang wanita yang mempunyai dua kuntum bunga atas kepala, namun pada masa sama menjadikan ayat 'kena jaga, orang perempuan kan' sebagai lesen untuknya terus menyindir fizikal Nadia.

ARTIKEL BERKAITAN: Dikaitkan dengan Siti Bainun, gadis ini kesal ‘dibuli’ ketika buat live TikTok... Hentikan lawak ‘body shaming’!

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis letih kena body shaming! Disuruh berhenti mengunyah, jaga pergerakan ketika pergi beraya bimbang rumah tetamu bergegar

Menyangkakan 'teguran' sudah berakhir, Nadia sekali lagi terkejut apabila individu yang sama duduk di sebelahnya sambil meminta agar dia kembali kurus.

"Kali ketiga dia nak balik, dia datang sebelah aku. Dia kata lagi 'Nadia kena kuruskan badan' sambil muka mencebik dan tangan mendepa tanda gemuk.

"Kawan aku menyampuk dan cakap ramai yang obesiti, tapi dia balas 'lelaki tak apa... perempuan ni kena jaga'.

"Dia sambung lagi 'bukan apa, awak muka dah cantik tapi badan tu' sambil mendepa tangan tanda gemuk," luahnya.

Menyampah orang yang sibuk-sibuk tegur sampai memalukan... orang macam ni kena pergi kursus komunikasi.

WARGA MAYA

Bercerita kepada mStar, wanita berusia 32 tahun ini berkata, dia pernah memiliki badan yang kurus dengan berat sekitar 48 hingga 50 kilogram.

Namun untuk memiliki berat badan seperti itu, dia perlu mengamalkan pemakanan sihat dan berdiet di samping melakukan senaman secara berkala.

"Keturunan saya memang kebanyakan berbadan besar, bukan tak boleh kurus.. boleh, cuma cabaran tu tinggi.

"Saya pun pernah kurus pada 2016 dengan melakukan diet suku suku separuh serta senaman. Turun 15 hingga 17 kilogram daripada 65 kilogram," ujarnya yang merupakan kakitangan swasta.

Semasa majlis malam berinai pada 2018.

Semasa majlis malam berinai pada 2018.

Pun begitu, beratnya kembali naik selepas bersalin sekitar tahun 2019 kerana tidak dapat melakukan rutin yang diamalkan sebelum ini.

Tambahnya, body shaming pertama kali diterima pada 2016.

"Disebabkan itu saya mula diet. Memang trauma nak jumpa orang luar... macam dia (pakcik) cakap di tempat awam, keyakinan terus hilang.

"Terus saya tertanya-tanya sama ada diri ni terlalu buruk," ujarnya sayu.

Mengakui dia seorang yang positif, anak kelahiran Segamat Johor ini menyatakan percakapan berulang di samping memek muka seolah-olah jijik membuatkan dia berasa tidak semangat.

Majlis perkahwinan Nadia pada 2018.

Majlis perkahwinan Nadia pada 2018.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kurang senang dengan sikap pakcik terbabit yang sewenang-wenangnya menegur bentuk tubuh orang lain.

"Menyampah orang yang sibuk-sibuk tegur sampai memalukan... orang macam ni kena pergi kursus cara komunikasi berkesan.

"Kadang yang mengata kita gemuk tu, diri dia pun tak lawa. Aku ada seorang kawan yang macam tu.

"Memang ada spesis jantan, mulut nak kena suap air kumbahan. Aku sendiri pernah kena, berbuku dalam hati... tak guna hari-hari pergi masjid tapi asyik perhati badan perempuan," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain