suria

Persahabatan lebih 10 tahun putus, bakal pengantin ‘marah’ sahabat baru kematian nenek batal jadi pengapit

Seorang gadis terpaksa membatalkan rancangan untuk menjadi pengapit sahabatnya. gambar hiasan: Freepik

SIAPA yang tidak mahu menjadi pengapit di majlis perkahwinan sahabat, kan?

Pasti sudah terbayangkan kemeriahan majlis dan tentunya keceriaan tergambar di wajah sahabat yang menjadi pasangan Raja Sehari.

Namun, siapa sangka persahabatan yang dijalin terputus gara-gara seorang gadis terpaksa membatalkan hasratnya untuk menjadi pengapit sahabatnya, pada saat akhir.

"I ada best friend, dululah... sekarang tak kawan. I sepatutnya jadi dia punya pengapit.

"Majlis kahwin dia hari Sabtu. Hari Rabu nenek I meninggal dunia. I kat Kuala Lumpur, jadi kena balik ke Johor Bahru (JB)," katanya menerusi satu video yang dimuat naiknya.

Pengantin berkongsi kegembiraan bersama pengapit. gambar hiasan / foto Freepik

Menurut gadis berkenaan, dia telah memaklumkan kepada sahabatnya kerana tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan untuk menjadi pengapit.

Maklum balas yang diterima di luar jangkaan, apabila sahabatnya yang merupakan bakal pengantin melepaskan kemarahan terhadapnya.

"Dia marah, dia kata 'Macam mana awak boleh buat saya macam ni'. I cuma cakap 'orang meninggal, mesti la I kena balik, takkan i pergi wedding you happy happy, nenek I meninggal, nanti saudara-mara tanya mana I. Sebab famili I semua tinggal di JB'.

"Apa yang dia balas 'Sampai hati you buat I macam ni. Tak sangka you buat I macam ni'. I terperanjat, ini orang meninggal, kenapa nak cakap macam tu kan?" ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengapit 'buat hal'! Patutlah dari awal rasa lain macam, rupa-rupanya ada insiden nak jadi di pelamin - "Dia suruh saya bangun"

ARTIKEL BERKAITAN: Pengapit perempuan asyik jeling, menyampah! Gara-gara tak puas hati dapat kipas patah, akhirnya bertemu jodoh

Enggan mengeruhkan keadaan, dia memohon maaf kerana tidak dapat hadir menjadi pengapit di majlis perkahwinan.

Gadis ini berkongsi kisah persahabatannya yang terjalin selama lebih 10 tahun.

Menurutnya lagi, majlis perkahwinan sahabatnya itu tetap berlangsung dan pengapit digantikan dengan rakan pengantin yang lain.

Namun apa yang tidak enak dilihat apabila si pengantin membuat perkongsian di Instagram Story selepas majlis selesai.

Seorang stres prepare untuk majlis kahwin dan seorang lagi sedih dapat berita sedih. Kedua-duanya emosi tak stabil dan berlaku perselisihan faham.

NETIZEN

"Dia buat post 'penghargaan' untuk orang lain (pengapit), ucap terima kasih kerana 'selamatkan' hari besar dia sebab dia 'ditinggalkan'. Dia kata I ditched (buang) dia.

"I tak ditched dia, I ada pengebumian kan. Itulah kali terakhir I borak dengan dia... dia tak balas bila I cakap nak balik sebab orang meninggal. I minta maaf, dia tak balas,” katanya.

Menurutnya lagi, mereka merupakan rakan karib selama lebih 10 tahun dan tidak menyangka persahabatan mereka terputus gara-gara perkara tersebut.

Antara komen netizen.

Pada masa sama, dia turut menjelaskan alasan tidak menjadi pengapit kepada sahabatnya pada Sabtu memandang pengebumian neneknya berlaku Rabu.

"Ini kerana dia (pengantin) tak balas (mesej) dan cakap benda tak baik. Jadi, I fikir tak perlu perkara negatif," ujarnya menerusi ruangan komen.

Dalam pada itu, rata-rata netizen bersimpati dengan kisah yang dialami gadis tersebut bersama sahabatnya, dan antara mereka berkongsi reaksi dan pandangan.

"Tak kisah dia adalah bestie atau tidak, tapi apabila ia melibatkan famili atau kecemasan terutama kematian darah daging kita, jadi perlu dahulukan. Dia yang kedua.

"Kalau I kat tempat you, I pergi pengebumian nenek sebab famili I adalah keutamaan. Jika dia benar-benar sahabat awak, dia tak akan pentingkan diri sendiri.

"Seorang stres prepare untuk majlis kahwin dan seorang lagi sedih dapat berita sedih. Kedua-duanya emosi tak stabil dan berlaku perselisihan faham," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain