SIKAP positif wanita bernama Masitah Mohd Afandy yang hilang deria penglihatan secara tiba-tiba selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 21 Mac lalu cukup memberi inspirasi kepada orang ramai. Terbaharu, Masitah menerusi hantaran di Instagram berkata dia dimaklumkan terdapat seorang individu menyatakan hasrat ingin menderma mata kepadanya. “Saya difahamkan suami ada yang mesej di Facebook bertanyakan sekiranya boleh sebab dia macam berniat sangat nak mendermakan mata kepada saya. View this post on Instagram A post shared by Masitah Mohd Afandy (@mashyta_oneandonly) “Dia dah berikrar untuk menjadi seorang penderma organ,” ujarnya. Sungguhpun terharu dengan niat insan tersebut, Masitah terpaksa menolak tawaran itu secara baik. Terang Masitah, matanya berada dalam keadaan baik namun masalah yang mengebabkab dia buta. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya nak kemalangan ni...” - Dah dapat firasat bakal ditimpa tragedi dalam kereta putih, Mahsyi terlupa pada hari kejadian ARTIKEL BERKAITAN: Sangat positif! Hidup gelap selepas kemalangan, wanita tabah kongsi perkara best selepas buta - “Kita kurang menilai orang” “Terima kasih banyak-banyak atas niat murni itu. Semoga dengan niat tersebut menjadi asbab tuan atau puan yang mesej saya di Facebook masuk syurga... insyaAllah. “Tapi saya bukan niat untuk menolak cuma menerangkan keadaan bahawa mata saya berada dalam keadaan baik. Tapi yang bermasalah menyebabkan saya buta adalah saraf saya yang terhimpit dan tercedera akibat daripada hentakan kemalangan tersebut. Tangkap layar video tular sebelum ini. “Dengan rendah hati saya ucapkan terima kasih atas kesudian. Semoga ikrar itu memberi manfaat kepada orang lain. Saya doakan kesihatan puan. Panjang umur dan murah rezeki. Semoga kita jumpa dekat syurga jika direzekikan,” katanya. Masitah, 32, yang dahulunya normal namun buta kedua matanya selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya dua hari sebelum Ramadan lalu. QUOTE Berikutan kemalangan itu, Masitah dirawat selama 24 hari di wad hospital namun apa yang berlaku tidak menyebabkannya murung sebaliknya terus positif dalam meneruskan kehidupan. Selain kehilangan nikmat melihat, dia juga turut memerlukan masa lima bulan sebelum mampu berjalan semula. Komen netizen di Instagram. Menerusi ruangan komen, ramai berkongsikan kisah sedih di mana ahli keluarga mereka juga mengalami masalah kesihatan yang sama seperti Masitah. Tersentuh dengan sifat pasrah dan reda Masitah, netizen mendoakan semoga satu hari nanti ada keajaiban berlaku lantas mengizinkannya untuk mampu kembali melihat dunia. “Rasa hari-hari nak tengok video Masyi (panggilan untuk Masitah). Suntik semangat positif dalam diri. "Semoga ada keajaiban buat Masyi... diberikan kesembuhan seperti sedia kala. “Mashyi ni lain sangat auranya. Apa yang keluar dari mulut sungguh jelas dan tersusun. Sopan santun,” komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube