SETIAP wanita pasti mempunyai penanda aras yang berbeza-beza dalam mencari pasangan. Ada yang mengharapkan layanan bak sang puteri dan tak kurang juga ikhlas menerima pasangan seadanya. Begitulah kisahnya melalui satu perkongsian di Twitter apabila seorang lelaki membangkitkan isu mengenai cara untuk menguji keikhlasan cinta seorang wanita. Juadah di restoran mamak sering menjadi pilihan ramai. -Gambar hiasan Ujar lelaki berkenaan, pemilihan kedai makan ketika keluar bersama sering menjadi kaedah dalam menilai tahap penerimaan seorang wanita terhadap pasangannya. "Aku perasan kawan-kawan aku yang bukan dari Selangor atau Kuala Lumpur, mereka selalu suruh bawa awek pergi makan (di restoran) mamak kalau nak tahu dia tu low maintenance atau tak. "Aku kurang setuju. Kalau nak tahu, kebanyakan gadis di Lembah Klang sering pergi ke kedai mamak. Dan mamak di sini bukannya murah," kata lelaki itu menyuarakan pandangannya. ARTIKEL BERKAITAN: “Tak payah pasang Cocomelon dekat phone” - Ibu lega pelayan kedai mamak tolong mengasuh, boleh suap roti canai dengan tenang ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki dalam kedai mamak ‘kejar’ sampai ke kereta, tiba-tiba hulur RM250! Wanita anggap ‘rezeki daripada langit’, gembira dapat duit raya Tambah lelaki itu lagi, kaedah menguji pasangan dengan membawa makan di restoran mamak baginya adalah kurang berkesan. "Setakat ujian makan mamak tu aku rasa mudah sangat bagi mereka, silap-silap mereka lagi suka makan situ dan tak terasa seperti ujian pun. "Apabila aku tengok balik semua komen ni, baru aku perasan yang mereka dari luar Lembah Klang jarang-jarang makan di restoran mamak. No wonder la," katanya. Perempuan yang bawa kereta besar dan menggayakan tas tangan Dior pun datang makan di kedai mamak. WARGA MAYA Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya menyenaraikan ujian alternatif untuk melihat jika seorang wanita itu sanggup meredah lautan api demi cinta. "Tak sangka ayat bawa awek masuk mamak nak tahu dia low maintenance atau tak ni valid lagi untuk tahun 2023. Lebih berkesan, bawa je masuk Sephora (kedai kosmetik). "Kalau nampak dia macam terkial-kial pilih barang, tapi apabila bawa masuk Eco Shop macam tak jumpa jalan balik, betul la tu low maintenance. "Restoran mamak bukan tempatnya, kena bawa pergi warung. Kalau dia boleh masuk, maksudnya dia jenis santai dan easy going," kata warga maya. Sebahagian ciapan balas warga maya. Warga maya lain pula mengatakan restoran mamak tidak sepatutnya dipandang rendah kerana ia bukannya kedai makan yang calang-calang. "Mamak adalah pilihan semua. Perempuan yang bawa kereta besar dan menggayakan tas tangan Dior pun datang makan di kedai mamak. "Mamak bukan tempat murah ya, aku pernah bawa seorang perempuan ni ke kedai mamak, dia ambil lauk sotong dua ekor, terus bil makanan jadi RM100. "Aku sebagai seorang wanita selalu makan di restoran mamak waktu zaman student dulu, jadi kalau ada lelaki yang nak bawa aku pergi date makan mamak, memang itu kali terakhir aku jumpa dia. "Pernah dengar restoran mamak bistro? Harga nasi paprik dia lagi mahal dari kedai tomyam biasa. Bukan tempat untuk orang low-maintenance ya," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube