APA yang anda fikirkan apabila mendengar menu 'arnab kangkang'? Namanya mungkin kedengaran pelik, apatah lagi dagingnya amat jarang dijual di pasaran. Namun persoalan itu sebenarnya menjadi 'modal' pemasaran bagi dua usahawan muda ini untuk mengetengahkan produk arnab bakar kepada masyarakat terutamanya mereka yang mempunyai selera eksotik. Dania merupakan pelajar Diploma Pengurusan Pejabat di UiTM Kampus Sungai Petani. Seorang daripadanya merupakan pelajar Diploma Pengurusan Pejabat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Sungai Petani di Kedah, Nur Dania Irdina Mat Said. Lebih mesra disapa Dania, katanya dia banyak menimba ilmu perniagaan ketika membuat reviu makanan dan produk seawal usia 18 tahun. Gadis berusia 20 tahun itu turut menjelaskan tentang bisnes arnab bakar yang diusahakannya bersama rakan kongsi, Muhammad Fairiezal Basri, 33, sejak Disember tahun lalu. "Ia dinamakan sebegitu sebab kerana kedudukan arnab yang 'kangkang' apabila dibakar. Bukannya kami saja-saja letak. "Selain nama kangkang, ada juga yang tertanya-tanya tentang daging arnab sebab selalunya yang dijual adalah sate arnab, belum lagi dijual arnab seekor," katanya kepada mStar. Hidangan arnab bakar yang menjadi perhatian ramai. Menurut anak sulung daripada dua beradik itu, kelainan berkenaan juga membuatkan gerai arnab bakar di Sungai Petani milik mereka menarik perhatian ramai. ARTIKEL BERKAITAN: Geng pelajar 'otak bisnes' ulang kejayaan zaman matrikulasi, masuk UiTM terus raih jualan RM130,000... baju dijual laku keras ARTIKEL BERKAITAN: Dua pelajar raih RM19,000 buat bisnes 5 hari di asrama, berbaloi tebal muka ketuk bilik kawan - "Ramai-ramai gelak, nombor kena block" "Mungkin kerana haiwan ini comel seperti kucing hingga membuat ramai tertanya-tanya. Namun ia halal dimakan dan cukup menyelerakan bagi mereka yang gemar makanan eksotik. "Daging arnab juga ada banyak khasiat iaitu mengandungi protein yang tinggi dan tidak mempunyai lemak serta memberi tenaga. Dalam bisnes makanan dan minuman (F&B), kita kena tampilkan kelainan. NUR DANIA IRDINA MAT SAID "Sebab itulah ada pelanggan yang sanggup datang dari Kuala Lumpur dan Singapura untuk merasai daging arnab bakar. Itu belum lagi dicampur dengan sos lada hitam yang enak," katanya yang menjualnya mengikut bahagian serendah RM19 sehingga RM65 seekor. Jelas Dania lagi, daging arnab mempunyai tekstur yang kenyal dan rasa lebih manis berbanding daging ayam. Dania (kanan) bersama rakan kongsi, Muhammad Fairiezal Basri. Bermodalkan RM4,000 bagi memulakan perniagaan itu, Dania mengakui bisnes tersebut begitu mencabar buat dia yang sedang mengikuti pengajian di universiti. "Paling penting kena bahagikan masa. Saya ada waktu yang khusus untuk belajar dan terdapat pekerja yang mengendalikan operasi di gerai. "Saya banyak melakukan video-video content bagi mempromosikan bisnes arnab bakar. Dalam bisnes makanan dan minuman (F&B), kita kena tampilkan kelainan. "Pengalaman lalu banyak memudahkan saya berurusan dengan pelanggan. Impian saya adalah untuk menjadi usahawan berjaya," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube @mstarmalaysia Dapatkan bantuan Sazzy Falak mempromosikan perniagaan anda menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI)! Tonton video penuh dan klik untuk mendaftar sekarang di rhbjomsapot.my ♬ original sound - mStar Official