suria

Bukan setakat duduk, berani pula langkah Lamborghini! Karnival kereta vintaj Retro Havoc tercemar, pemilik Volvo 240 Turbo lapor polis

Rakaman gelagat sebahagian pengunjung karnival sukan permotoran Retro Havoc 2023.

UMPAMA rumah siap pahat berbunyi, timbul cakap-cakap kurang menarik selepas karnival sukan permotoran Retro Havoc 2023 kali ke-8 yang berlangsung 27 Mei lalu berakhir.

Sungguhpun penganjurannya berjaya menarik kehadiran puluhan ribu pengunjung, namun difahamkan ia dicemari dengan beberapa isu dan insiden yang menjadi topik hangat sehingga kini.

Paling menarik perhatian ialah tentang sikap dan adab sebilangan pengunjung yang membanjiri kawasan parkir pusat beli-belah The Curve, Mutiara Damansara, Selangor.

Seperti yang dikongsikan pengguna TikTok dengan akaun @metalchoc, kelihatan ramai pengunjung berlari di celah-celah kenderaan pameran bagi merakam aksi ‘pop and bang’ yang dilakukan segenlitir pemilik kereta.

Berdasarkan video yang hingga kini ditonton lebih 1.3 juta pengguna TikTok, mereka dengan selamba melangkah kereta mewah jenis Lamborghini berwarna putih.

Tangkap layar ciapan asal yang tular.

"Berlari macam k**a. Datang event, otak tinggal dekat rumah," katanya.

Walaupun sudah dimaklum bahawa tindakan menyentuh kenderaan adalah tidak dibenarkan, beberapa pemilik kereta mendedahkan terdapat ramai pengunjung yang gagal mematuhi arahan terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Influencer teruk dikecam gara-gara ‘posing’ depan keranda mendiang bapa

ARTIKEL BERKAITAN: Masjid ‘sejengkal’ je, celah rak buku yang dipilih! Pelajar UIA dikecam, beri hujah kenapa solat di perpustakaan - “Tak ada niat cari publisiti”

Lebih parah apabila beberapa keping foto menunjukkan pengunjung dengan selamba duduk di atas kereta pameran turut dikongsikan di Twitter @_AmranFans.

"Perangai b***k. Dia tak tahu orang tu (pemilik kereta) nak masuk event tu habis beribu hantar buat cat, wax, polish dan coating.

Pemilik kereta ini membuat laporan polis apabila nat keretanya dicuri.

"Sampai dekat kau (pengunjung), buat macam duduk dekat Iswara ayah kau parkir bawah pokok rambutan 10 tahun," tulisnya dalam ciapan.

Terbaharu, menerusi Instagram retrohavocofficial, pengendali akaun itu berkongsi semula salinan laporan polis yang dibuat individu bernama Nadine Shimona di Balai Polis Damansara pada 28 Mei lalu.

Berdasarkan laporannya, kenderaan jenis Volvo 240 Turbo milik ibunya turut menyertai pameran berlekaan namun didakwa menjadi mangsa khianat.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Damansara.

"Pada 27 Mei lebih kurang pukul 10.10 malam, saya keluar dari parkir The Curve. Saya terima panggilan daripada mekanik mengatakan kereta milik ibu saya, 14 biji lug nut dilonggarkan dan enam biji lagi dicuri.

"Saya tidak pasti siapa yang melakukan perbuatan tersebut. Untuk makluman, kereta tersebut diletakkan di situ untuk pameran Retro Havoc.

Dia tak tahu orang tu (pemilik kereta) nak masuk event je sudah habis beribu hantar buat cat, wax, polish dan coating.

NETIZEN

"Sebelum beredar dari kawasan tersebut, saya membuat pemeriksaan dan dapati semua lug nut dalam keadaan baik. Saya datang ke balai untuk tindakan polis dan mahu rujuk pihak pengurusan bagi melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV)," kata pengadu dalam laporannya.

Terdahulu lebih 1,000 buah kenderaan vintaj dan 50 buah motosikal retro memeriahkan Retro Havoc yang diadakan pada 27 Mei.

Karnival turut dihadiri Presiden MAM, Tan Sri Mokhzani Tun Mahathir ( dua, kanan) dan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Mohd Azhari Mohamad (dua, kiri).

Acara selama satu hari itu turut dimeriahkan dengan kehadiran jemputan istimewa pembina khas (custom) kereta dari Jepun dan 30 reruai model die-cast di samping seleksi ‘Automotive Lifestyle’ dari Malaysia, Thailand dan Singapura.

Turut hadir ialah Presiden Persatuan Permotoran Malaysia (MAM), Tan Sri Mokhzani Tun Mahathir dan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Mohd Azhari Mohamad.

Menurut pihak penganjur, Alie Kuoppa, edisi 2023 berlangsung meriah dengan lebih 70,000 kehadiran pengunjung direkodkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

@mstarmalaysia

Dapatkan bantuan Sazzy Falak mempromosikan perniagaan anda menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI)! Tonton video penuh dan klik untuk mendaftar sekarang di rhbjomsapot.my

♬ original sound - mStar Official
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain