suria

Salahkan takdir jadi ‘penyondol’ tunang orang, wanita mengaku lemah dipujuk lelaki - “Pasti ramai anggap saya sundal”

Kisah orang ketika dalam perhubungan sering mendapat perhatian dalam masyarakat. -Gambar hiasan

CINTA itu ada kalanya membutakan.

Ilusi yang bermain boleh menyebabkan seseorang itu hilang pertimbangan antara baik dan buruk.

Begitulah kisahnya untuk seorang wanita ini yang sanggup membina kebahagiaan di atas linangan air mata orang lain.

Adegan bermain kayu tiga dalam hubungan boleh meremukkan hati sesiapa sahaja. -Gambar hiasan

Melalui satu luahan di Twitter, wanita tersebut mengatakan dia terjatuh hati dengan seorang lelaki yang sudah berpunya.

"Kalau nama awak Aina (bukan nama sebenar) dan tunang awak nama Aiman (bukan nama sebenar), saya tahu awak dah jalinkan hubungan jarak jauh sejak di matrikulasi lagi.

"Awak berdua asal Kelantan. Pertama sekali, saya nak minta maaf sangat-sangat kepada awak Aina, saya tahu apa yang saya buat ni salah tapi saya minta maaf.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami ‘hembus’ doa elak isteri terliur tengok lelaki kacak ada ‘jawline’, risau hubungan jarak jauh... Ambil iktibar kes artis curang

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki kalau dah senang cepat lupa diri, mula nak curang... Netizen minta perempuan berhenti ‘melabur’, jangan manjakan dengan duit

"Saya dah jatuh cinta dengan tunang awak. Kami sama-sama belajar di universiti yang sama. Rakan sekelas sejak semester satu. Jadi bestie bermula semester dua.

"Tiba-tiba tunang awak luahkan isi hati dia dekat saya. Saya cuba hindarkan daripada perasaan cinta tu berputik, tapi kata-kata dan cara percakapan dia buatkan saya lemah," kata wanita itu membuat pengakuan.

Menurut wanita itu lagi, lelaki tersebut meneruskan hubungan bersama pasangannya hanya kerana ikatan pertunangan yang sudah dimeterai.

"Dia ada cakap dekat saya yang dia pilih awak (Aina) sebab janji. Dia dah terjerat dengan janji untuk berkahwin dengan awak.

Kepada Aina, boleh tinggalkan lelaki tu, biarkan hubungan 'murahan' mereka dapat diteruskan.

WARGA MAYA

"Saya tahu ramai yang baca luahan saya ni akan anggap saya perempuan sundal tapi kalian tak ada di tempat saya.

"Sesiapa yang ada dalam situasi macam saya pun mesti akan buat benda yang sama," ujar wanita itu cuba memberikan justifikasi.

Wanita itu seterusnya mengatakan takdir seolah-olah sentiasa cuba menyatukan dia dan lelaki tunangan orang itu.

"Bukan saya tak cuba lepaskan tapi takdir selalu bawa kami ke tempat yang sama. Bayangkan lepas habis universiti, ingatkan dah tak jumpa, sekali dapat tempat kerja sama.

"Serabut saya fikirkan. Nak cakap banyak pun susah. Sekali lagi Aina, saya minta maaf ya," kata wanita itu mengakhiri luahannya.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya menyelar tindakan wanita berkenaan yang sepertinya cuba meruntuhkan 'masjid' yang sedang dibina.

"Tak ada siapa yang akan jadi macam awak. Kami semua tahu benda tu salah. Sangat kejam apa yang awak buat ni. Mohon kembali ke pangkal jalan.

"Sangat 'minat' dengan alasan jadi penyondol kerana takdir yang dah tetapkan. Sedarlah akak, jadi orang ketiga itu adalah atas kehendak diri sendiri.

"Kepada Aina, boleh tinggalkan lelaki tu, biarkan hubungan 'murahan' mereka dapat diteruskan. Awak akan jumpa yang jauh lebih baik.

"Dunia ini bulat dan apabila sampai masanya, giliran peluah pula untuk dicurangi dan waktu tu kita tengok betapa sakitnya hati apabila dikhianati," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain