suria

Penghisap vape bikin ‘wayang murahan’ dalam panggung! Penggera berbunyi, semua pengunjung GSC kelam kabut lari

Tindakan seorang individu menghisap vape di dalam panggung wayang mencetuskan panik dalam kalangan pengunjung.

SIAPA yang tidak panik apabila loceng kecemasan tiba-tiba berdering di dalam panggung wayang yang merupakan kawasan awam yang menjadi tumpuan ramai.

Tambahan pula, pada masa itu semua pengunjung sedang leka menonton filem kegemaran masing-masing.

Berkongsi pengalaman tersebut, pelayar Twitter yang dikenali sebagai Adam berkata, kejadian berlaku di GSC One Utama, Petaling Jaya, Selangor, pada Isnin.

"Semalam menyaksikan kebodohan orang tengok wayang," ciapnya di halaman Twitter, Selasa.

Pengunjung diminta keluar kerana deringan loceng kecemasan.

Pengunjung diminta keluar kerana deringan loceng kecemasan.

Mana tidaknya, disebabkan tindakan seorang individu yang penting diri dan melanggar peraturan dengan menghisap rokok elektronik (e-rokok) atau vape, seluruh pengunjung panggung wayang terpaksa berlari keluar.

Rata-rata bimbang perkara tidak diingini berlaku di tempat awam yang memuatkan ramai orang dan semestinya masing-masing ingin menyelamatkan diri.

"Emergency alarm (penggera kecemasan) berbunyi menyebabkan semua hall kelam kabut sebab ada orang hisap vape dalam panggung wayang. Menyusahkan!" luahnya lagi.

Menurutnya lagi, pada masa tersebut, dia bersama rakan baru 10 minit menikmati tayangan filem fantasi muzikal, The Little Mermaid.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita, anak nurse terkesan tengok derita penghisap vape! Konon nak ‘lari’ dari rokok, akhirnya paru-paru kena tebuk

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 2 minggu hisap vape, doktor kesan lelaki ditahan sebab denggi ada satu lagi penyakit - “Saya perlu dibedah, paru-paru divakum”

Disebabkan deringan itu, tontonannya terbantut.

"Hall saya baru 10 minit pertama. Hall lain tak pasti sebab semua pengunjung keluar pada waktu yang sama dengan saya," luahnya ketika dihubungi mStar.

Bagaimanapun ujarnya, mereka semua dibenarkan masuk semula dan duduk di tempat masing-masing selepas pihak pengurusan mengetahui punca 'kecemasan' berlaku.

Tempat no smoking tu termasuk vape.

WARGA MAYA

Malah, individu yang membuat onar juga sudah dikenal pasti menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

"Semua keluar kejap kemudian masuk balik.

"Saya tahu tentang ada orang hisap vape tu pun daripada staf situ, tapi tak pasti apa tindakan terhadapnya.

"Dia bukanlah dari hall saya dan individu dalam video yang dikongsikan tu adalah rakan saya," katanya lagi.

Reaksi netizen di ruangan komentar Twitter Adam.

Reaksi netizen di ruangan komentar Twitter Adam.

Perkongsiannya itu mendapat perhatian warga maya dengan banyak komen ditinggalkan.

Rata-ratanya menunjukkan reaksi kurang senang dengan individu tersebut berikutan peraturan dan larangan merokok sama ada menggunakan tembakau mahupun elektronik ditegah di dalam premis tertutup.

"Untuk anda yang hisap vape ni, boleh tak ada common sense untuk tidak merokok dekat tempat yang tak sepatutnya terutama sekali ruang pejabat.

"Tolong dedahkan siapa yang 'pekak' sangat tu, buat rosak majlis saja.

"Tempat no smoking tu termasuk vape.

"Masa kecil tak mati, dah besar menyusahkan," ujar beberapa warga maya yang berang dengan situasi tersebut.

Lebih mengejutkan apabila salah seorang pelayar Twitter turut mendedahkan terdapat insiden sama berlaku di panggung wayang Sunway Pyramid.

Namun nasib individu tersebut baik dan dia 'terselamat' kerana perbuatannya tidak dapat dikesan loceng kecemasan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

@mstarmalaysia

Dapatkan bantuan Sazzy Falak mempromosikan perniagaan anda menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI)! Tonton video penuh dan klik untuk mendaftar sekarang di rhbjomsapot.my

♬ original sound - mStar Official

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain