suria

Kagum gadis fasih Mandarin jadi cashier 7-Eleven, lepas borak terus simpati - “Banyak syarikat ghosting saya”

Graduan kejuruteraan yang fasih bahasa ketiga sukar dapatkan pekerjaan.

SETIAP graduan pastinya mengimpikan kerjaya yang setimpal dengan kelulusan akademik.

Selepas lebih kurang tiga tahun berhempas pulas belajar untuk menggenggam segulung ijazah, ramai juga graduan menanggung bebanan hutang pengajian yang dibuat seawal usia 18 tahun.

Maka tidak hairanlah ramai yang mahukan gaji tinggi ketika mencari pekerjaan dan akhirnya berlakunya lambakan graduan di pasaran kerana kebanyakan syarikat menawarkan gaji rendah untuk lepasan universiti.

Bagaimanapun, seorang pelayar Twitter Muhammad Afizie berkongsi kisah pertemuannya dengan seorang graduan yang sanggup bekerja sebagai juruwang dengan pendapatan bulanan yang tidak setaraf kelayakan akademik.

Ciapan asal yang dibuatnya.

Ciapan asal yang dibuatnya.

Menceritakan situasi yang berlaku, dia pada awalnya mengakui terkejut dengan kefasihan seorang juruwang wanita yang melayan pelanggan warga China.

"Tadi pergi beli Americano (kopi) kat 7-Eleven, kemudian ada pelanggan dari tanah besar China nak bayar kat juruwang.

"Suprisingly (mengejutkan) adik juruwang perempuan tu fasih sangat cakap Mandarin," ciapnya.

Dia yang menyaksikan situasi tersebut meminta supaya wanita terbabit mendapatkan pekerjaan berkaitan bahasa supaya dapat menambah sumber pendapatan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya mati-mati kerja, buka pintu nampak dia kaku” - Suami kecewa cuti paterniti cuma 2 hari, isteri meninggal di sisi bayi hari ke-4 selepas bersalin

ARTIKEL BERKAITAN: Ada ijazah ‘medic’ pun tak guna, kerja kilang akhirnya... wanita rasa hidupnya gagal! Lagi stres dapat mak ayah jenis ‘control’

Dia berpandangan, rugi sekiranya kemahiran berbahasa asing tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya kerana ia merupakan satu kelebihan.

"Terus aku cakap kat adik tu 'adik, potensi awak luas sebab boleh cakap Mandarin, cuba mohon kerja MNC bahagian customer service/fraud/sales support atau mana-mana bahagian berkaitan yang boleh cakap Mandarin/English/Bahasa Malaysia.

"Sekurang-kurangnya dapat language allowance and career field pun luas," ujarnya.

Namun jawapan yang diberikan wanita terbabit ternyata mengejutkan.

Bidang kejuruteraan yang paling laku sekarang adalah dalam software engineering.

WARGA MAYA

Menurut wanita itu, dia merupakan graduan kejuruteraan yang terpaksa bekerja dalam bidang bukan profesional demi mendapatkan pendapatan bulanan.

"Adik tu cakap ya bang, banyak dah saya mohon tapi banyak syarikat senyap dan ghosting (tiba-tiba hilang) saya," tambahnya.

Ghosting yang dimaksudkannya adalah syarikat yang pernah berhubung mengenai pekerjaan atau kekosongan jawatan tiba-tiba senyap dan tidak memberi maklum balas sama ada menerima mahupun menolak permohonannya.

Malah wanita berkenaan turut mengakui sukar mendapatkan pekerjaan yang setaraf kelayakannya.

Kejuruteraan awam merupakan bidang yang mencabar. -Gambar hiasan

Kejuruteraan awam merupakan bidang yang mencabar. -Gambar hiasan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut mengakui kesukaran untuk graduan khususnya bidang kejuruteraan mendapatkan pekerjaan yang setimpal dengan kelayakan akademik.

"Zaman sekarang, freshie atau sesiapa yang ada sijil dah tak boleh pilih kerja dalam bidang yang dipelajari. Ambil mana-mana peluang yang ada, janji dapat pengalaman.

"Bidang kejuruteraan yang paling laku sekarang adalah dalam software engineering.

"I think it's important to learn how to sell yourself in the job market... Identify transferable skills yang dah belajar dan kaitkan dengan industri," ujar beberapa warga maya.

Tidak kurang juga yang meninggalkan nasihat supaya graduan wanita berkenaan bersikap terbuka serta sentiasa mencari bidang berpotensi dan merebut peluang yang ada.

Ruangan komen turut dibanjiri dengan tawaran pekerjaan khusus untuknya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain