suria

Kaunselor susu ibu dihubungi remaja sangap, video call sambil onani - “Ingatkan urgent mak menyusu nak minta tolong”

Panggilan video lelaki tidak dikenali sedang melakukan onani.

HANYA kerana perkongsian berkaitan payudara, seorang kaunselor laktasi (penyusuan susu ibu) bertauliah menjadi mangsa gangguan seksual.

Malah video perkongsiannya juga sering dihujani komen-komen berbaur seksual dan lucah yang dilakukan individu tidak bertanggungjawab.

Paling menggerunkan apabila panggilan video yang diterimanya baru-baru ini dilakukan oleh seorang remaja lelaki.

“Budak sangap (gersang) yang selalu kacau mak orang (aku dan kawan aku yang kaunselor penyusuan) dengan suara ghairah dan buat video onani,” ciapnya.

Ciapan asal yang dibuat Nad di laman Twitter miliknya.

Ciapan asal yang dibuat Nad di laman Twitter miliknya.

Menceritakan situasi yang dialami, dia memaklumkan bahawa panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali tetap dijawab kerana bimbang ia adalah penting.

Sering berkongsi maklumat atau nasihat berkaitan penyusuan, dia berfikir berkemungkinan terdapat ibu-ibu yang ingin bertanya lanjut tentang masalah atau situasi dialami.

Tambahan pula dia pernah melalui episod sedih kehilangan anak disebabkan kurangnya pengetahuan tentang perkara tersebut, jadi tidak mahu kejadian sama berlaku kepada pihak lain.

“Kami ni kadang-kadang angkat (jawab panggilan), ingat ada urgent mak menyusu nak minta tolong. Buka-buka video call, kau tengah buat onani. Melampau kau dik!

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali kena gangguan seksual dalam masa 24 jam, jerit pun tak guna... wanita ini sedar sikap orang sekarang - “Penumpang lain hanya tengok ‘drama’ saja”

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis dipaksa sebut ‘I love you’ jadi mangsa gangguan seksual... lelaki tak dikenali ugut nak cari di tempat kerja, mujur cubaan sentuh gagal

“Mereka ni dah terlalu berani. Saya tepek (letak) nombor telefon... Apa nasihat nak buat? Budak sekolah kebanyakan mereka ni. Report polis teruskah,” dia bertanya lagi di Twitter.

Bercerita kepada mStar, Nurun Nadia Masrom berkata, panggilan video individu sedang beronani yang diterima itu dilakukan oleh remaja lelaki.

Bagaimanapun, gangguan seksual lain yang sering diterimanya sebelum ini dilakukan oleh individu dewasa namun tidak dapat memastikan siapa diri mereka secara lebih terperinci.

Malah katanya, ia bermula sejak 2022 ketika dia aktif mempromosikan teknik penyusuan dan kepentingan susu ibu kepada umum.

Tiba-tiba dengar suara lelaki macam tengah buat seks... kali ketiga dia hubungi, I bagi pada bos lelaki.

WARGA MAYA

Pada masa itu juga, dia mewujudkan kumpulan Telegram bagi memudahkan maklumat berkaitan disalurkan.

“Pada tahun 2022, ia berlaku setiap hari. 2023 dah kurang, tapi adalah seminggu sekali.

“Sekarang dah semakin jarang berlaku, dua kali seminggu sahaja,” ujarnya.

Meskipun sering diganggu dengan aktiviti seksual dan lucah, dia yang mesra disapa Nad, tidak pernah membuat laporan polis.

Warga maya turut berkongsi pengalaman masing-masing.

Warga maya turut berkongsi pengalaman masing-masing.

“Saya belum pernah buat laporan polis sebab sebelum ini nombor telefon pemanggil tidak kelihatan.

“Tapi sekarang, memang akan muncul nombor pemanggil,” kongsinya yang turut bersyukur kerana gangguan seksual tidak pernah berlaku secara langsung.

Bagi membendung masalah sosial seumpama itu, Nad nekad membuat laporan polis sekali gus memastikan tindakan tegas diambil.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya yang membuat semakan nombor telefon yang dikongsikan Nad memaklumkan bahawa kedua-duanya pernah disekat.

“Periksa nombor mereka kat truecaller pun, memang orang report sebagai spam 'maniac'. Kemudian ada komen lagi ‘harassment, the caller moaned’.

“Tengoklah nama dekat getcontact ni. Ada yang report mereka ni pervert,” kata beberapa warga maya.

Tidak kurang juga yang meluahkan pengalaman berdepan dengan panggilan daripada individu tidak dikenali.

“I ada pengalaman masa kerja, I am the one who will pick up phone call from client untuk arrange any appointment. Tapi ada sekali tu I jawab, tiba-tiba dengar suara lelaki macam tengah buat seks... kali ketiga dia hubungi, I bagi pada bos lelaki. Terus dia letak.

“Pernah terkena beberapa kali, trauma sangat. Sejak itu memang tak jawab dah panggilan orang yang aku tak simpan nombor,” luah beberapa warga maya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain